Edrina hanya menggelengkan kepalanya.
"Kau ingat kau sorang je yang stress? Kau ingat aku happy ke? Haishh. Ingat Cahh. Ni last assignment kita. Nak tak nak kena buat juga."
"Lahaii, bilalah nak habis ni." Aisyah masih merungut.
"Selagi kau merungut, selagi tu la kerja tu takkan habis. Baik kau siapkan cepat. Dah pukul 4 dah ni. Kata nak balik pukol 6." Edrina menyambung kembali kerjanya. Memang luar biasa sungguh final assingment mereka kali ini.
**
"Yeayy! Akhirnya! Siap juga! Tak sangka boleh siapkan harini!" Berkaca-kaca mata Aisyah. Bolehlah dia berehat sepuas-puasnya selepas ini sebelum menunggu waktu praktikal pula.
Edrina hanya tersenyum melihat tingkah Aisyah. Dia juga rasa bersyukur kerana dapat menyiapkan assignmentnya itu lebih cepat dari yang dijangkakan. Malah assingment mereka terus dihantar pada hari yang sama. Memang hebat mereka kali ini.
Mereka berjalan beriringan ke tempat menunggu bas selepas selesai menghantar assignment tadi.
"Siapa ambil kau harini? Ayah kau?" Soal Edrina pada Aisyah.
"Eh, tak lah. Abang aku yang ambil. Kau naik apa ni?" Giliran Aisyah pula menyoal.
"Aku naik teksi la."
Sebuah kereta BMW berhenti di hadapan mereka.
Aisyah tersenyum.
"Aku balik dulu ok."
Edrina hanya mengangguk.
Aisyah masuk ke dalam perut kereta. 2 minit kemudian, Aisyah keluar semula dari keretanya.
"Naa, jom! Aku hantar. Dah nak senja ni. Bahaya lah kau duduk sorang kat sini." Aisyah mempelawa Edrina untuk menumpang keretanya.
"Ehh, takpela. Kejap lagi sampai la teksi tu. Seganlah." Edrina cuba menolak.
"Tak yah segan-seganlah. Jom!" Aisyah menarik tangan Edrina dan membawanya masuk ke dalam perut kereta.
Jujur Edrina sangat terkejut dengan tindakan Aisyah.
Kereta BMW itu mula bergerak.
Edrina jadi tidak senang duduk.Bukannya apa, Edrina sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan pada abang Aisyah, Aidil Nubhan. Tipulah jika orang lain juga tidak terpikat dengan ketampanan Aidil Nubhan.
"Emm, maaflah kalau menyusahkan." Edrina tiba-tiba bersuara.
Aidil Nubhan hanya melihat cermin pandang belakang dan melemparkan senyumannya.
"Rumah dekat mana?" soal Nubhan pula.
Suara Edrina seakan tersekat di tekaknya. Memang beginilah keadaannya jika berhadapan dengan jejaka idamannya. Semua benda jadi serba tak kena. Sesak dadanya.
"Taman Suria. Jalan Limau Kasturi. No 5 " jawab Aisyah selamba.
"Abang tanya dia, bukan kau." Nubhan memarahi adiknya.
"Biarlah." Aisyah memuncungkan mulutnya.
Edrina yang dari tadi menjadi pemerhati di belakang hanya tersenyum. Mereka berdua memang rapat. Memang seronok bila dapat abang yang satu kepala dengan kita. Jarak umur pula hanya 3 tahun sahaja. Itulah yang membuatkan mereka berfikiran serupa. Bukan seperti Edrina yang hanya mempunyai 2 orang kakak. Jarak umor pula 6 dan 9 tahun. Sebab itulah hubungan Edrina dan kakak-kakaknya tidak begitu rapat.
*****************
"Hello, Naa kau jadi ikut tak ni?"
"Yee, jadi. Aku tengah on the way pergi rumah kau ni."
"Okey cantik! Cepat sikit aku tunggu."
Telefon diletakkan.
Malam itu suasana di dalam bilik Aisyah agak meriah dengan keberadaan kawan baiknya, Edrina.
Mengikut perancangan, Edrina akan mengikut Aisyah dan keluarganya pulang ke kampung mereka di Negeri Sembilan selama beberapa hari untuk majlis kenduri tahlil arwah datuknya.
Itupon selepas beberapa kali Aisyah memujuk ibu dan ayahnya untuk membawa Edrina sekali dengan alasan tiada kawan. Mujurlah ibu dan ayahnya memang sudah mengenali Edrina dan tahu tentang dirinya yang ringan tulang, maka dibenarkan sahajalah.
**************
"Cahh, lambat lagi ke? Kita nak balik kampung je lah. Bukan nak pergi kelab pon. Yang kau mekap beriya sangat ni kenapa?" Edrina sudah mula mahu membebel.
Sudah tentulah dia mahu membebel jika sudah mahu setengah jam menunggu Aisyah bersiap.
"Ye, dah siap. Jom turun."
Edrina melepaskan keluhan kecil dan menurut sahaja langkah kaki Aisyah dari belakang.
"Haa, Icah dengan Ina dah siap ke? Jom kita gerak. Cepat gerak cepat sampai" Ayah Aisyah, Encik Faizul mula memunggah beg ke dalam kereta BMW hitamnya.
"Abang bawa kereta sendiri tu. Icah dengan Ina naiklah dengan abang. Ibu nak dating dengan ayah." Gurau Puan Zalina pula.
Edrina tergelak kecil. Aisyah sudah memuncungkan bibirnya.
Aidil Nubhan memanaskan enjin kereta Honda Jazz miliknya. Selepas beberapa minit, mereka memulakan perjalanan.
***************
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Senawang hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja. Jadi mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan tanpa singgah dimana-mana.
Suasana di dalam kereta Honda Jazz itu senyap sunyi. Itupon kerana Aisyah yang duduk dibahagian penumpang hadapan sudah terlena.
Edrina pula diam membisu, dia memang akan jadi pendiam apabila berhadapan dengan orang yang tidak begitu rapat dengannya. Mahu melelapkan mata pun susah kerana rasa kekoknya pada Nubhan.
Bukan apa, jika dia berdengkur macam mana, malulah kalau berdengkur depan pujaan hati dalam diam itu.
Sesekali Nubhan menjeling ke arah cermin pandang belakang untuk melihat Edrina. Walaupun sudah lama Aisyah bersahabat baik dengan Edrina, dia masih belum mengenali Edrina sepenuhnya. Sebelum ini, dia hanya mendengar nama sahaja disebut oleh adiknya. Cuma beberapa minggu lepas selepas menumpangkan Edrina pulang, barulah dia bertemu dengan tuan empunya badan. Boleh tahan juga rupanya, sifat dan perangainya pula 'happy go lucky' dengan semua orang tetapi masih ada rasa segan.
Nubhan mahu memecahkan kesunyian dalam keretanya. Sementara adiknya masih tidur, lebih baik dia membuat sesi suai kenal terlebih dahulu. Mana tahu ada peluang ke. Hihihi.
"Edrina."
"Ye saya." Edrina sedikit terkejut dengan sapaan Nubhan.
Bagaikan sebuah mimpi, jantungnya berdegup dengan sangat kencang ketika ini.
"Abang selalu dengar pasal Ina dari Icah, tapi tak pernah nampak pon. Haritu masa hantar Ina balik baru dapat jumpa."
"Sama lah." Fuhh, cuba cool sikit Edrina. Tipu sikit takpe. Takkan nak mengaku yang kau selalu usha facebook dengan instagram dia pula kan.
Nubhan tergelak kecil.
"Ina takut dengan abang ke? Tengok macam nervous je. Janganlah risau abang tak makan orang lah." Nubhan dapat mengesan ketidakselesaan Edrina.
"Tak lah. Bukan takut, Ina memang macam ni dengan orang yang baru kenal. Kekok sikit. Nanti dah lama sikit ok la agaknya."
"Haha. Abang tahu, Icah ada beritahu abang haritu. Icah kata Ina ni kalau dah jadi peramah, semua orang nak tegur."
"Haa? Dia cakap macam tu ke? Eee. Memandai je dia ni. Suka buat cerita tau."
"Haha, tengok tu dah keluar sikit perangai sebenar dia. Takpelah jadi peramah, abang suka."
Perbualan mereka terhenti setakat itu sahaja. Aisyah sudah terjaga dari tidurnya.
Edrina sebenarnya sedikit terkedu dengan kata-kata akhir Nubhan sebentar tadi.
Kereta yang dipandu Nubhan mula memasuki simpang Kampung Sungkai. Sebentar sahaja lagi mereka akan sampai ke destinasi yang dituju.
**********************
Suasana pagi di kampung memang berbeza dengan suasana di Kuala Lumpur. Edrina terpaku sebentar dengan keindahan ciptaan tuhan di balik tingkap kayu biliknya dan Aisyah.
"Aduhh." Aisyah mengaduh kesakitan untuk entah keberapa kali sambil menahan perutnya.
"Sakit lagi ke?" Edrina bertanya. Ada nada kerisauan di situ.
"Sakitlaa." Aisyah masih menahan perutnya.
"Icahh! Icahh!" Kedengaran suara Puan Zalina berteriak memanggil nama anaknya dari dapur.
"Kau baring je kat sini. Biar aku yang pergi tengok." Edrina mencapai tudungnya dan keluar dari bilik meninggalkan Aisyah yang masih dalam kesakitan.
"Haa, Ibu panggil Icah, Ina pula yang datang. Icah mana?" Soal Puan Zalina kehairanan.
"Icah ada dalam bilik tu. Senggugut dia datang. Sakit sangat tengoknya." Edrina menerangkan.
"Eleyy, baru senggugut sikit dah mengada-ngada." Sampuk Nubhan yang sedang duduk di meja makan.
"Haishh, awak tu lelaki. Mana awak tahu tak sakit? Suka hati je cakap adik sendiri mengada-ngada." Tegur Puan Zalina. Nubhan hanya mencebik.
"Kalau macam tu, Ibu minta tolong dengan Ina je la ye?"
"Minta tolong apa Bu?" Edrina mula bergerak mendekati Puan Zalina.
"Ni, nak minta tolong pergi pasar belikan ayam, sayur semua. Ada beberapa barang yang belum beli lagi." Puan Zalina menerangkan.
"Ohh, boleh je. Tapi nak pergi macam mana?" Soal Edrina lagi.
"Abangg.. Abang teman Ina ea?" Puan Zalina memandang anak sulungnya yang sedang sibuk memakan kuaci.
Nubhan hanya mengangguk tanpa brsuara.
"Haa?" Edrina agak terkejut dengan jawapan yang diberikan. Dia mulai berasa teragak-agak.
"Alaa, jangan risaulah. Abang Nubhan je pon. Kalau dia ada buat apa-apa, Ina report je dekat Ibu. Tolong ye."
Edrina hanya tersengih.
"Tunggu apa lagi, Abang dengan Ina pergi la siap cepat".
*********************
Suasana menuju ke Pasar Besar itu agak sunyi. Tiada sebarang perkataan pun yang muncul dari mulut mereka berdua.
"Ina tak selesa dengan abang ea?" Nubhan tiba-tiba bersuara.
"Haa? Tak ada lah. Cuma tak tahu nak borak apa dengan abang "
Nubhan tergelak.
"Tak apa, biar abang yang tanya. Icah dah ada boyfriend ea?"
"Kenapa abang tanya Ina? Tanya lah dengan Icah."
"Alaa. Jawab je laa. Abang dah tanya dah. Dia tak nak jawab."
"Hahaha. Dah ada dah."
"Ye ke? Ada ek orang yang nak dekat dia?"
"Haha. Abang ni tak baik tau. Icah kan lawa. Mestilah ramai yang minat."
"Eleyy, mekap je tebal tu. Masak dengan kemas rumah pon fail ada hati nak berboyfriend."
Edrina hanya ketawa mendengar kenyataan dari Nubhan.
"Kenapa Ina gelak? Yang Ina ni, dah ada pakwe belum?"
"Ehh? Inaa pon kena soal siasat sekali?"
"Kenalah, Ina pon dah dikira adik abang tau. Jawablaa."
"Haha. Tak ada lagi laa."
"Ye ke ni? Mengaku cepat!"
"Yee betul."
"Kenapa tak ada? Memilih sangat ea?"
"Ishh, tak ada lah. Sebab Inaa ni tak lawa macam Icah kot."
"Eleyy. Tipu sangat."
"Yee betul. Tak ada lah. Inaa cuma nak habiskan belajar dulu je. Dapat pengalaman kerja dulu, dah pandai masak semua baru fikir pasal kahwin."
"Ohh, ada pendirian. Bagus. Tapi kalau jodoh datang awal macam mana?"
"Kalau jodoh dah datang awal, takkan nak tolak pula. Terima je laa."
Nubhan tersenyum dengan jawapan Edrina. Secara jujurnya, sedikit sebanyak Nubhan mulai tertarik untuk lebih mendekati gadis ini. Perwatakannya yang bersahaja dan sentiasa tersenyum itu memikat hati lelakinya. Memang inilah ciri-ciri calon isteri idamannya.
Dalam tidak sedar, sedang mereka asyik berborak, mereka sudah sampai di Pasar Besar. Nubhan segera meletakkan kenderaannya dan berjalan bergandingan Edrina menuju ke dalam pasar.
**********************
"Assalamualaikum!" Edrina memberi salam selepas keluar dari pintu kereta. Puan Zalina segera bergegas ke muka pintu.
"Haa macam mana? Dapat semua yang ibu minta?"
Edrinaa tersenyum.
"Berehh boh."
Nubhan tersenyum kecil sambil mengangkat semua barang yang dibeli tadi. Hatinya sedikit sebanyak kagum dengan Edrina. Semua barang basah yang dibeli tadi, semuanya dipilih oleh Edrina sendiri tanpa was-was langsung. Malah Edrina sempat tawar-menawar dengan peniaga-peniaga di pasar itu. Hasilnya, bajet yang diberikan tidak melebihi walau satu sen pon.
Edrina bergegas masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan Aisyah.
"Wei, kau dah ok belum? Ni tadi aku sempat singgah farmasi kejap beli ubat. Makan ni, bagi reda sikit."
Aisyah bangun lemah mencapai ubat yang diberikan oleh Edrina. Selesai sahaja menelan ubat, dia terus menyambung tidurnya.
Edrina segera ke dapur untuk membantu apa yang perlu. Nampaknya beberapa orang kampung sudah datang untuk membantu.
Nubhan pula sedang membantu ibunya memasang dapur gas dan mengangkat periuk-periuk yang lebih besar.
"Assalamualaikum." Edrina memberi salam terlebih dahulu supaya tidak ada yang terkejut dengan kedatangannya. Edrina bersalaman dengan semua jiran yang ada.
Edrina mengambil tempat di sebelah salah seorang jiran untuk membantu mengupas bawang.
Tiba-tiba seorang mak cik mengajukan soalan yang tak diduga kepada Puan Zalina.
"Zaa, siapa ni? Cantiknya. Bakal menantu ke?" Serta merta semua mata tertumpu pada Edrina.
Edrina sudah tergamam. Nubhan pula tersengih.
"Ehh, tak lah. Tu kawan Aisyah la. Dia sengaja ikut tu." Puan Zalina menjawab dengan tenang.
"Ohh, ingatkan dah nak bermenantu tak beritahu." Seorang lagi makcik menyampuk.
Edrina hanya tersenyum sumbing.
Puan Zalina merapatkan dirinya pada Nubhan lalu membisikkan sesuatu.
"Kalau betul pun apa salahnya."
Kini giliran Nubhan pula yang tergamam. Puan Zalina segera menyambung kerjanya dengan senyum simpul.
********************
Malam itu, majlis berjalan dengan lancar. Semua penduduk kampung sudah bersurai. Aisyah masih didalam bilik.
Puan Zalina dan Encik Faizul sedang berborak dengan saudara-mara di ruang tamu.
Edrina pula sedang sibuk membasuh pinggan di dapur. Nubhan melihat peluang keemasan ini untuk mendekati Edrina.
Nubhan mengangkat sedulang pinggan mangkuk lagi ke dapur.
"Inaa, nah." Nubhan meletakkannya di sebelah sinki.
"Oh? Ada banyak lagi ke?"
"Taklah, tu yang last."
"Okey." Edrina menyambung tugasannya.
Nubhan pula masih berdiri memerhatikan Edrina.
Selesai sahaja tugasan Edrina, dia mengelap tangannya pada kain tuala yang tersangkut di tepi.
Alangkah terkejut dirinya apabila melihat Nubhan masih berdiri di belakangnya.
"Eh? Kenapa abang berdiri dekat sini lagi? Ada nak minta Inaa tolong ape-apa ke?"
"Hehe, ada. Inaa tolong buatkan abang teh susu boleh? Air yang dekat ruang tamu tu air kopi, abang tak boleh minum air kopi. Lagipun malas lah nak kacau orang tua tengah berborak."
"Ohh, tu je ke? Abang duduklah dulu. Ina buat kejap."
Edrina memulakan sesi membuat airnya.
Nubhan hanya memerhatikan setiap pergerakan Edrina yang tangkas itu dari meja makan. Sesekali dia tersenyum sendirian.
Kenapa dia dapat rasakan aura Edrina sedang menyelubungi dirinya? Dia juga sedikit hairan, sejak 2 hari dia tinggal sebumbung dengan Edrina ini, segala yang dilakukan oleh Edrina semua membuatkan dirinya kagum. Iyalah, bukan senang gadis zaman sekarang ini pandai masak, pandai pilih sayur, buat kerja rumah macam Edrina. Contoh yang terdekat ialah adiknya. Satu apa pun tak pandai lagi. Masak telur pun kadang-kadang hanguslah, terlebih minyak lah.
"Ok dah siap. Minumlah. Sorry ea kalau tak sedap. Ina buat yang macam selalu Ina minum je."
Nubhan tersenyum. Dengan bacaan bismillah, dia pun meneguk sekali minuman yang telah disediakan. Kali ini memang dia rasa kagum buat kesekian kalinya. Buat pertama kali, dia dapat merasa teh susu yang kena dengan tekak dan seleranya. Selama ini, jika Puan Zalina yang buat pun, pasti Nubhan akan komen terlebih manis lah, terlebih susulah. Macam-macam.
"Sedap."
Edrina tersenyum lega.
"Duduklah sini. Teman abang borak jom!"
"Haa?" Edrina tergamam.
"Sinilah duduk. Abang bosan ni."
Edrina hanya menurut.
"Kenapa buat segelas je? Ina tak minum?"
"Ehh, tak apa lah. Ina jaranglah minum manis malam-malam. Ikut mood."
"Ohh, minum manis pun ikut mood ea?"
Edrina hanya tersenyum kecil.
Malu juga rasa hati ni bila berhadapan dengan pujaan hati. Macam nak terkeluar dah jantung ni rasanya. Kenapalah dia baik sangat dengan aku ni.
"Inaa memang pandai masak ea?" Nubhan hendak memulakan sesi soal selidiknya.
"Eh, tak adalah. Biasa-biasa je. Yang simple-simple setakat nak makan dekat rumah boleh lah."
"Ok lah tu. Sekurang-kurangnya pandai masak. Bukan macam si Icah tu. Masak telur pun fail, ada hati nak berboyfriend."
"Tak apalah, asalkan dia bahagia."
"Bahagia? Bila ada boyfriend rasa bahagia ke?"
"Entahh. Mana Ina tahu. Rasa happy tu bukan bahagia ke?"
"Entahlah, rasanya kot."
"Abistu, Abang ni? Tak bahagia ke ada girlfriend?" Edrina mahu menyungkil sedikit kisah hidup Nubhan.
"Aikk? Abang pula yang kena soal?"
"Yelaa, asyik Inaa je yang kena soal. Mana adil kan?. Kire fair lah ni."
"Hahaha. Ok ok. Abang mana ada girlfriend."
"Ehh? Ye ke? Tak percaya lah."
"Iyee, betul. Sebenarnya abang dah jatuh hati dekat satu gadis ni. Tapi abang tak tahu dia jatuh hati juga dekat abang ke tak. Tengok-tengok macam tak je."
"Wahh. Ye ke? Habistu kenapa tak tanya si gadis tu? Kalau dia suka abang juga macam mana? Abang juga yang rugi nanti." Edrina sedikit terkilan sebenarnya, tetapi siapalah dirinya.
"Itulah, abang pun fikir macam tu juga, tapi abang takut Icah pula yang tak setuju."
"Laa? Kenapa Icah tak setuju pulak?"
"Yelaa, gadis tu sebaya dengan Icah. Sebaya dengan Inaa juga la."
"Ohh. Ye ke? Hmm. Tapi abang kan rapat dengan Icah. Kaw timm je la. Mana tahu Icah makin tolong."
"Ehemm, apa sajalah si bujang dengan si dara ni bualkan ye? Macam seronok je bunyinya." Puan Zalina tiba-tiba muncul sambil menatang dulang air.
Terkejut Edrina dan Nubhan dengan kemunculan secara tiba-tiba ibunya.
"Takdela Bu, saje sembang-sembang."
"Yelah, sembang-sembang dulu ye. Kenal hati budi dulu."
"Ehh, ibu ni!" Nubhan cuba menegah.
"Ibu cakap je." Puan Zalina pergi meninggalkan mereka berdua kembali dalam keadaan yang tergamam.
***************************
5 bulan kemudian.
Petang itu, Nubhan, Aisyah dan Edrina minum-minum disebuah kafe di bandar Kuala Lumpur. Hubungan Edrina dan Nubhan semakin rapat, bagaikan kawan baik. Tiada lagi rasa kekok diantara mereka.
"Haa, korang berdua ni dah abis praktikal nak kerja apa pula? Takkan nak duduk tercongok je dekat rumah tu." Nubhan mula menyoal.
"A'ahh kan. Inaa, kita jadi babysitter nak? Jaga anak orang je. Senang."
Edrina sudah tergelak mendengar cadangan Aisyah.
"Kau nak jaga anak orang? Diri sendiri tak terjaga. Ada hati." Nubhan mula mengutuk.
"Hahaha. Betul cakap Abang. Silap hari bulan budak tu yang jaga dia." Edrina menyokong kata-kata Nubhan.
Aisyah hanya mencebik.
"Eleyy. Sejak bila kau jadi back up abang aku ni ha?"
"Dah lama dah." Edrina menjawab selamba.
"Kau kena faham dik, kitaorang memang ada kimia". Kata-kata Nubhan memecahkan gelak mereka bertiga.
"Ohh, korang ada apa-apa ea? Tak cakap dekat aku pun ea."
"Ada apa?" Edrina mula kehairanan.
"Eleyy, korang couple kan?"
"Uish kau ni." Edrina segera menepis.
"Bukan abang tak nak dik, cuma takut syok sendiri je."
Pantas mata Edrina memandang ke arah Nubhan. Dengan segera Nubhan menghadiahkan sebuah kenyitan mata.
Terkedu Edrina di situ.
Aisyah sudah lama dapat mengesan perasaan abangnya pada Edrina. Mereka sudah rapat sejak dari kecil, memang sekejap sahaja dia dapat menghidu perlakuan abangnya yang semakin pelik. Mula-mulanya konon nak nombor telefon sebab ibu yang minta. Apa pun tak boleh abangnya yang satu ini.
*******************
'Ina, disebabkan harini birthday kau, abang aku kata dia nak belanja kita makan dekat tempat mahal. Hahaha. Kau siap cantik-cantik tau. Nanti pukul 8:30 kitaorang smpai.'
Itulah mesej yang diterima Edrina sejam yang lalu. Sampai sekarang dia masih termenung mahu memakai baju apa. Memang sifat semula jadi perempuan, sebanyak mana pun baju yang ada, time nak keluar, mesti tak cukup.
Akhirnya, Edrina memilih untuk memakai 'fishtail blouse' berwarna biru laut dan skirt labuh berwarna putih. Digayakan dengan sehelai tudung bawal berwarna putih susu bermotifkan bunga-bunga kecil berwarna biru. Edrina kelihatan ayu dan anggun sekali.
Kereta Honda Jazz milik Nubhan sudah berhenti di hadapan rumah Edrina.
Edrina melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Amboii, sedondon nampak? Dah pakat ke? Nak pakat tak ajak aku." Aisyah tiba-tiba bersuara.
"Eh ye ke? Kebetulan la." Edrina menyangkal.
Sungguh Edrina juga tidak sangka bahawa Nubhan juga memakai kemeja berwarna biru laut dan seluar putih. Nubhan kelihatan amat kacak dan segak malam ini dengan rambut yang dipacakkan dan dirapikan sebegitu. Pasti gadis-gadis yang melihatnya akan cair.
Edrina sendiri terpaku melihat penampilan Nubhan hari ini.
Setelah 40 minit perjalanan, mereka tiba di salah satu restoran yang berhampiran dengan Tasik Putrajaya. Pemandangan di Tasik Putrajaya memang menakjubkan. Pelbagai warna lampu dapat dilihat dari restoran itu.
Aisyah dan Nubhan sudah menempah sebuah meja di tepi tasik itu.
Lampu-lampu yang berwarna-warni dan angin yang kadang-kadang bertiup sepoi-sepoi bahasa menerujakan Edrina.
Dalam keterujaan Edrina itu, dia tidak sedar ada sepasang mata yang sedang leka memerhatikannya. Lega sungguh hati apabila melihat Edrina gembira.
Makanan yang dipesan sudah terhidang. Mereka bertiga menjamu makanan dengan penuh selera. Ketika mereka sedang menjamu selera, tiba-tiba seorang pelayan membawa sebiji kek. Serta merta Nubhan dan Aisyah menyanyikan lagu "happy birthday" untuk Edrina.
Edrina yang dalam keadaan tergamam itu hanya mampu tersenyum. Lilin ditiup.
"Kejap ea, abang nak pergi toilet kejap."
Nubhan bangun dari tempat duduknya.
2 minit kemudian, seorang pelayan menghantar satu lagi pinggan yang bertutup. Pelayan itu meletakkan pinggan tersebut di hadapan Edrina.
"Ini dia pesanan cik, selamat menjamu selera."
"Ehh, kejap! Saya rasa semua dah sampai. Cahh, kau ada order ke?" Aisyah hanya menggelengkan kepalanya.
"Ohh, itu menu istimewa." Pelayan itu meminta izin untuk berlalu.
Edrina masih hairan, mungkin memang betul ada menu istimewa untuknya. Perlahan-lahan penutup pinggan itu dibuka. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati yang berada di dalam pinggan itu adalah sekotak cincin permata.
Edrina menjadi terkedu, siapa pula yang memberikan cincin pada dirinya ini. Dalam keadaan yang agak janggal itu Aisyah sudah tersenyum kecil.
'Romantik jugak abang aku yang sorang ni' monolognya di dalam hati.
Tiba-tiba telefon bimbit Edrina berbunyi menandakan ada mesej masuk. Segera Edrina mencapai telefon bimbitnya yang berada dalam tas tangannya. Laju sahaja jarinya menyapu skrin telefon.
Bagaikan mahu pengsan di situ juga apabila membaca isi kandungan mesej yg dihantar oleh Nubhan itu. Serta merta Edrina rasakan seperti sudah kehilangan oksigen. Dibacanya berulang-ulang kali untuk memastikan yang dirinya tidak tersilap baca.
'Do you wanna be my girlfriend forever or be my wife forever?'
Sebaris ayat yang membuatkan jantung Edrina bagaikan terhenti seketika. Adakah dia sedang bermimpi sekarang ini?
Tidak lama kemudian Nubhan muncul dengan senyumannya. Dia duduk semula ditempat duduknya tadi. Edrina masih terkaku. Tidak berkelip dia memandang Nubhan.
"Kenapa pandang abang macam tu?"
Edrina masih terdiam, dia salah baca ke apa ni? Ke orang lain yang hantar. Makin tak keruan jadinya.
"Ok sorry, Inaa abang minta maaf sangat sangat sangat tau. Abang memang tak ada present nak bagi dekat Inaa. Abang cuma ada cincin tu je nak bagi. Tu pun kalau Ina sudi ambil la."
Edrina semakin blur. Edrina menunjukkan skrin telefonnya yang tertera mesej daripada Nubhan sebentar tadi.
"Explain." Itu sahaja yang keluar dari mulut Edrina buat masa ini. Dia betul-betul tidak faham dengan situasi sekarang ini.
"Kenapa? Ina tak faham Bahasa Inggeris ke? Tak apa biar abang send guna Bahasa Melayu pula, kejap ehh." Nubhan mula mengambil telefon bimbitnya.
"Abang! Serius ni! Tak kelakar lah. Janganlah main-main macam ni!" Edrina sudah mula hilang sabar.
"Ok fine, serius. Macam yang abang send dekat Ina tadi lah. Abang bagi dua pilihan dekat Inaa, jadi girlfriend abang selamanya or nak jadi wife abang selamanya."
"Haa?" Edrina jadi terkedu.
"Abang tak bergurau, abang tak main-main sekarang ni. Inaa please, dari mula abang nampk Inaa abang dah mula jatuh hati dengan Ina. Cara Inaa layan abang, gaya Ina yang happy go lucky, semuanya buatkan abang makin tertarik dengan Inaa. Terpulang lah dekat Ina, tapi abang nak tahu harini. Inaa sudi tak jadi isteri abang?"
Setelah mendengar penjelasan dari Nubhan, setitis demi setitis air mata Edrina jatuh. Sungguh hati ini tidak tahu mahu berkata apa-apa lagi. Bagaikan dalam filem.
"It's okay kalau Inaa tak nak. Abang pun tak nak paksa. At least abang cuba kan? Tapi apa keputusan Inaa."
Nubhan semakin berdebar menanti jawapan daripada Edrina. Samada jawapan yang diterima bakal membuatkan dirinya bahagia sepanjang hayat ataupun sebaliknya, semuanya akan sedaya upaya dia relakan dengan redha.
Edrina mengangkat mukanya. Mata Nubhan ditatapnya, jujur nampak benar keikhlasan dan kesungguhan Nubhan untuk mendapatkannya.
Kotak cincin yang berada di hadapan Edrina ditutup. Saat itu, hati Nubhan bagaikan retak seribu. Segera Nubhan melarikan anak matanya ke arah tasik. Dia tidak sanggup lagi untuk melihat apa yang bakal dilakukan oleh Edrina selepas itu.
Edrina mengambil kotak cincin tersebut dan memasukkannya ke dalam tas tangannya. Perlakuan Edrina menarik perhatian Nubhan kembali.
"Inaa boleh kata 'yes', Inaa boleh kata 'no'. Pergi minta izin dengan ibu ayah Inaa dulu. Tapi buat masa ni, Inaa akan kata yes." Selamba sahaja Edrina berkata-kata. Lega juga hatinya dapat berkata begitu.
Nubhan pula sudah tergamam. Kata-kata Edrina sebentar tadi cuba diproses oleh otaknya. Senyum manis Nubhan mula terukir dibibirnya.
"Hujung minggu ni abang datang."
"Okey." Itu sahaja yang dijawab oleh Edrina lalu menyambung menyuap Tiramisu ke mulutnya.
Senyuman paling manis dilemparkan kepada Nubhan.
"Berakhir sudah drama korang ya, syabas! Aku memang penonton bertuah dekat sini. Dari tadi melihat satu satu babak dalam filem. Macam dalam panggung wayang rasanya." Tiba-tiba Aisyah yang dari tadi hanya menjadi pemerhati mencelah.
Terburai ketawa mereka apabila mendengarnya. Kasihan Aisyah terpaksa melihat adegan-adegan dalam drama mereka.
*******************
8 bulan kemudian,
"Alahai, apa lah nasib adik ni kan bang. Lagi 5 bulan dah nak jadi mak cik dah. Kawan baik sendiri dah jadi kakak ipar pula. Tinggal lah diriku keseorangan tidak berteman." Adu Aisyah pada Nubhan. Serta merta Nubhan gelak mendengar aduan adiknya.
"Tu lah kau, dari dulu abang suruh belajar masak, belajar kemas rumah semua. Kalau tak, sekarang ni mesti abang dulu yang dapat anak saudara kot."
Aisyah hqnya mencebik.
"Ehemm ehemm, borak apa ni? Ta ajak pun eaa!" Edrina tiba-tiba muncul sambil menatang dulang minuman.
Selepas berkahwin dengan Nubhan, Edrina kelihatan makin ayu dan makin anggun. Malah kini dia sudah mengandung 4 bulan, perutnya juga sudah kelihatan sedikit membulat.
Edrina mengambil tempat di sebelah Nubhan. Nubhan segera melingkarkan lengannya di pinggang Edrina.
"Alaa, jealous la tengok korang berdua ni." Aisyah sudah mula cemburu.
"Dari dulu aku suruh kau kahwin kan Cahh." Edrina bersuara.
"Nak buat macam mana, nak kena lepaskan abang kahwin dulu. Tak nak lah langkah bendul."
"Alasan lah kau dik." Nubhan mula mencelah.
"Betul lah, adik dah berangan tau kalau boleh nak sanding sama-sama dengan Inaa. Tup tup terjadi kak long adik pula. Hancur harapanku. Hancur angan-angan adik tau kak."
"Uishh, bang. Abang dengar tak? Bagaikan suatu mimpi tiba-tiba Icah panggil Inaa kakak. Hahaha."
"Eleyy, nak buat macam mana. Dah jadi kakak ipar, kena lah hormat ye kak! Walaupun kau tu sebenarnya muda dari aku sebulan! Brrr."
Nubhan dan Edrina tergelak.
Nubhan rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri seperti Edrina dan adik yang sangat memahami dan menyokongnya selama ini seperti Aisyah. Tidak ada kata-kata yang boleh mengungkapkan apa yang dirasainya sekarang. Mungkin inilah yang dinamakan bahagia. Segala-galanya bermula dari hati.
P/s: cubaan kedua ;) minta maaf diatas segala kekurangan yang ada.
No comments:
Post a Comment