Monday, 21 December 2015

Cerpen: Jodoh Kita


Keheningan petang dituruti dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membawa Ariana ke pangkin yang terletak dibawah pokok rambutan dihadapan rumahnya.

Pandangannya kemudian terarah pada bangunan yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Tersenyum Ariana buat seketika.

Ya, bangunan itu menyimpan pelbagai memori manis pahitnya. Dalam tidak sedar sudah 7 tahun Ariana meninggalkan bangunan itu. Tempat dia menimba ilmu dan membina kenangan bersama rakan-rakannya.

Ariana seakan tidak percaya bahawa dia sudah berjaya menjadi seorang manusia yang berguna. Setelah beberapa tahun menimba ilmu, akhirnya dia dan 3 orang lagi rakan karibnya berjaya untuk membuka sebuah taska di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Tersenyum Ariana apabila teringatkan wajah kanak-kanak yang menghiasi hari-harinya. Kanak-kanak itulah yang memberi semangat kepada Ariana.

Jauh Ariana termenung mengenangkan masa silamnya. Azan Maghrib menyedarkan Ariana daripada lamunannya. Pantas selipar disarung dan dia bergegas masuk ke dalam rumah.

*************************************

Selesai menunaikan solat Isyak, Naszrin turun ke ruang tamu. Dia merebahkan dirinya diatas sofa empuk disitu. Matanya kemudian terarah kepada beberapa dulang hantaran berwarna biru laut yang terletak di atas meja.

Naszrin melepaskan keluhan berat. Otaknya kembali mengingatkan kejadian yang telah membawanya hingga ke fasa ini. Jujur dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh mengambil keputusan terburu-buru ini. Izza Fauziana, gadis yang diselamatkannya ketika kejadian ragut tempoh hari, kini akan bergelar isterinya yang sah.

Naszrin melangkah masuk ke dalam biliknya. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Naszrin Arizz ketika ini. Pantas tangannya menarik laci meja yang berada disebelah katilnya. Sebuah album gambar dibawa keluar.

Naszrin kembali meluruskan badannya dan bersandar pada bantal yang sudah ditegakkan. Satu per satu helaian album tersebut diselak. Tersenyum Naszrin seorang diri. Matanya terhenti pada sekeping gambar. Tangannya segera mengeluarkan gambar tersebut.

Naszrin menatap lama wajah gadis tersebut. Dalam tidak sedar air matanya mula menitis. Sungguh dia merindui gadis itu. Gadis pertama yang berjaya membuka hatinya. Naszrin seakan tidak percaya beginilah pengakhirannya.

    "Awak pergi mana, saya rindu..."

Dalam keperitan menahan sebak, Naszrin bersuara.

Gambar tersebut ditenung kembali, akhirnya Naszrin terlena sambil tangannya masih mendakap gambar tersebut.

*************************************

Selesai menyiapkan dirinya, Ariana segera turun ke dapur untuk bersarapan.

    "Wahhh, sedapnya bau. Ibu masak apa ni? Waaa! Cucur udang! My favourite!"

Bersinar-bersinar mata Ariana apabila melihat ibunya menghidangkan kuih kegemarannya diatas pinggan.

    "Sebelum nak makan, baik Ina pergi ambik surat kat luar tu. Tadi ibu macam dengar bunyi posmen."

Arah Puan Zaidah apabila melihat anaknya sudah mengambil pinggan.

    "Alaaa. Baru nak makan. Kacau betul."

Ariana memuncungkan mulutnya sambil melangkah keluar mengambil surat di dalam peti pos.

Nampaknya surat itu untuk dirinya.
Ariana segera duduk kembali di atas kerusi di meja makan.

    "Haa. Surat apa tu?"
Soal Puan Zaidah.

Ariana hanya mengangkat bahunya sambil cuba membuka sampul surat tersebut.

Terdapat sekeping kad dan sehelai kertas didalamnya. Pantas Ariana mengambil kertas tersebut terlebih dahulu. Tersenyum Ariana apabila membaca isi kandungannya.

    "Ibu, ibu ingat tak Kak Izza kakak angkat Ina masa sekolah dulu?"
Soal Ariana kepada ibunya.

    "Ingat. Yang tembam-tembam tu kan? Kenapa dengan dia?"
Soal Puan Zaidah kembali.

    "Ni haa. Dia jemput Ina pergi majlis kahwin dia. Dia kata dia sanding dekat sini hujung minggu ni, sebab rumah nenek suami dia dekat sini."

Terang Ariana teruja.

    "Oh ye ke? Siapa bakal suami dia?" Soal Puan Zaidah ingin tahu.

    "Ya tak ya jugak. Kejap tengok dekat kad jemputan dia kejap."

Ariana segera mencapai kad jemputan tersebut. Matanya mula mencari nama pengantin lelaki.

Ariana terdiam. Hatinya kini seperti direntap sesuatu.

Matanya kembali melihat alamat rumah pula untuk memastikannya. Sah! Terkedu Ariana disitu. Tidak pasti apa yang dirasakannya kini. Seperti ada sesuatu yang telah merobek hatinya ini. Ariana segera melangkah masuk ke dalam biliknya tanpa kata-kata.

    "Laa. Dah kenapa pula tu. Tadi beriya sangat nak makan cucur udang ni. Masuk bilik pula kenapa?"
Soal Puan Zaidah apabila melihat kelakuan pelik anaknya.

Tangannya segera mencapai kad jemputan yang ditinggalkan di atas meja. Puan Zaidah juga terkedu. Tahulah dia apa yang berlaku sebenarnya.

Bunyi motor milik Encik Helmi menyedarkan Puan Zaidah kembali.

Encik Helmi masuk dan terus menghala ke arah meja makan.
   
     "Mana Ina? Tak bangun lagi ke?"

Soal Encik Helmi apabila tidak melihat bayang anak bongsunya itu.

    "Dah bangun dah tadi. Tapi masuk bilik balik lepas baca kad dengan surat tu."

Jawab Puan Zaidah sambil menunjukkan ke arah kad yang masih di atas meja itu.

Encik Helmi terus mencapai dan membaca isi kandungannya. Dia juga seakan tidak percaya dengan apa yang telah dibacanya.

    "Betul ke Naszrin ni?"

Soal Encik Helmi inginkan kepastian.

    "Kalau bukan dia, tak adanya Ariana nak masuk bilik macam tadi."

Puan Zaidah membalas.

Keluhan berat dilepaskan oleh Encik Helmi.

*************************************

Ariana merapikan beg pakaiannya. Puan Zaidah masuk ke dalam bilik anaknya itu dan melabuhkan punggungnya di atas katil.

    "Betul ke Ina nak pergi tengok diaorang tu? Ina balik KL terus je lah."

Soal Puan Zaidah untuk entah yang keberapa kali.

Gelisah juga hatinya apabila Ariana memberitahunya untuk menghadiri majlis perkahwinan Izza dan Naszrin terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanannya pulang ke Kuala Lumpur.

    "Ya ibu. Orang dah jemput kan. Kenalah datang."

Balas Ariana perlahan.

Sebelum Ariana memasuki kenderaannya, sempat Puan Zaidah dan Encik Helmi menasihati anaknya itu. Ariana hanya mampu membalasnya dengan sebuah senyuman.

Selepas lebih kurang 10 minit perjalanan, akhirnya Ariana sampai ditempat yang ditujukan. Kelihatan suasana agak meriah dengan kunjungan orang kampung yang tidak henti-henti datang berkunjung.

Ariana mencapai bungkusan hadiah disebelahnya. Air matanya mulai membasahi pipi. Sungguh dia tidak kuat waktu ini, dia tidak menyangka dia perlu berhadapan dengan perkara seperti ini. Tisu diambil dan Ariana mula mengelap pipinya.

Dikuatkan juga hatinya dan dia mula keluar dari kenderaannya. Kaki yang dihayunkan terasa berat sekali, namun tetap diteruskan.

Rupa-rupanya Ariana sudah pun menjadi tumpuan keluarga Naszrin dan Izza yang sedang melayan tetamu di anjung rumah. Tiada siapa yang melepaskan matanya dari gadis berbaju kurung moden berwarna ungu dan bertudung bawal merah hati itu.

    "Assalamualaikum."

Ariana memberi salam sebaik sahaja dia sampai di hadapan anjung tersebut.

    "Waalaikumussalam! Adik! Ya Allah adik datang jugaa rupanya!"

Izza Fauziana teruja apabila melihat wajah adik angkatnya muncul juga di majlis perkahwinannya.

Ketika itu, sepasang mata tidak lepas daripada memandang Ariana. Diperhatikan gadis itu dari bawah hingga ke atas. Hatinya kini bagai dirobek tatkala melihat gadis itu.

    "Akak jemput, adik datanglah. Nah hadiah."
Ariana bersuara. Kekok rasanya dia berdiri disitu. Tidak selesa juga rasanya apabila diperhatikan oleh Naszrin begitu.

"Terima kasih! Adik! Akak nak kenalkan suami akak ni. Nilah suami akak, Naszrin Arizz!" Izza memaut lengan suaminya yang berada disebelah.

Ariana terkaku apabila melihat tindakan Izza Fauziana. Dia memandang Naszrin tanpa kata-kata. Sungguh hatinya sangat merindui pemuda dihadapannya ini. Ariana hanya tersenyum pedih.

'Kenapa awak datang sekarang sayang...'
Getus hati kecil Naszrin. Dia tidak sanggup lagi untuk melihat wajah Ariana. Dia sangat merindui gadis itu.

"Ina gerak dulu lah. Ina kena terus balik KL ni. Lambat nanti jam pula." Ariana ingin mengundur diri. Tidak sanggup dia mahu berlama disitu.

"Alaa, makanlah dulu. Baru sampai kan." Izza cuba menghalang.

    "Tak apa. Ina dah makan dekat rumah. Kena gerak ni."

Ariana sudah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Izza.

Izza hanya akur dengan tindakan Ariana. Ariana beralih pula kepada Puan Zalina, ibu Naszrin yang juga terkedu melihat kehadirannya.

Puan Zalina segera mendakap Ariana. Perlahan dia membisikkan sesuatu di telinga Ariana.
   
      "Mama minta maaf Naa."

Terdiam Ariana apabila mendengar bisikan tersebut. Bibirnya hanya mampu tersenyum buat masa ini. Segera dia melangkah pergi ke arah keretanya.

Pintu kereta ditutup, enjin dihidupkan, pedal minyak ditekan. Sebaik sahaja keretanya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan tidak semena-mena air matanya mengalir membasahi pipi.
*************************************
 Jam sudah menunjukkan jam 8.30 malam. Ariana segera mematikan enjin keretanya. Beg pakaian dibawa keluar. Fiqah dan Nisa sudah menunggu di muka pintu.

Ariana, Fiqah, Nisa dan Idah sudah berkawan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Rumah yang mereka diami ini juga sudah beberapa tahun mereka sewa bersama.

    "Wahh. Berbaju-baju kurung bagai ni, kau ade singgah mana-mana ke?"

Soal Fiqah apabila melihat pakaian rakannya itu.

    "Kau ni. Pakai baju kurung pun salah ke?" Soal Nisa kembali kepada Fiqah.

    "Aku pergi jemputan orang kahwin tadi."

Ariana menyerahkan 'doorgift bag' kepada Fiqah.

    "Oh ye ke? Sape kahwin?"
Soal Fiqah lagi ingin tahu.

    "Tengoklah sendiri dalam beg tu, ada kad dia. Aku penat. Aku tak ada mood. Aku nak tidur. Tak payah kacau aku." Ariana bersuara lantang lalu terus naik ke biliknya.

    "Apahal dia tu? Moody semacam je." Soal Nisa kehairanan. Jarang dia dapat melihat Ariana begitu.

Fiqah hanya mengangkat bahu. Kad yang dimaksudkan Ariana sebentar tadi diambilnya. Fiqah dan Nisa membacanya bersama.

    "Naszrin?!!" Serentak mereka menyebut nama tersebut.

    "Patutlah moody semacam je. Kasihan Ina." Akhirnya Nisa dan Fiqah memahami apa yang sedang berlaku sebenarnya. Jatuh kasihan pula mereka kepada sahabat baiknya itu.

Ariana masuk ke dalam bilik. Selesai sahaja dia menunaikan solat Isyak, dia terus membenamkan dirinya di atas katil. Serta merta air mata terus membasahi pipinya yang gebu itu. Segala memori indah dahulu seperti terpancar dihadapan matanya kini.

Ariana dan Naszrin dahulu merupakan pasangan kekasih sejak dibangku sekolah lagi. Hubungan mereka kekal sehinggalah kedua-duanya melanjutkan pelajaran di universiti.
Namun, selepas Naszrin melanjutkan pelajarannya ke luar negara, mereka terus terputus hubungan. Puas juga Ariana mencari Naszrin tetapi tiada langsung khabar berita yang diterima. Namun begitu, Ariana masih setia menunggu Naszrin sehingga kini. Tetapi kejadian minggu lalu benar-benar merobek hatinya. Tidak tahu dimana silapnya, Ariana kini benar-benar kecewa. Hatinya hancur luluh tatkala melihat wajah Naszrin siang tadi. Mungkin benar dia bukanlah jodoh untuknya. Ariana menangis untuk melepaskan segala beban dalam hatinya.
*************************************
    "Inaa, kau tak siap lagi ke?"
Soal Nisa sambil mengetuk pintu bilik Ariana.

Selalunya Ariana lah yang akan bangun terlebih dahulu dan mengejutkan semua orang untuk ke tempat kerja, tetapi tidak pula untuk pagi ini.

Tanpa banyak soal Nisa terus membuka pintu bilik Ariana. Kelihatan Ariana masih lagi berselubung diatas katil.

    "Hoi. Kau tak nak pergi taska ke harini?" Soal Nisa apabila melihat Ariana masih tidak berganjak dari tempat pembaringannya.

Nisa terus merapati Ariana dan menyentuh bahagian dahinya.

    "Ishh. Kau panas ni Naa. Kau demam ni. Dah bangun jom aku hantar pergi klinik." Nisa sudah mula menarik tangan Ariana apabila mendapati suhu badan Ariana lebih panas daripada biasa.

    "Alaa. Kau pergilah kerja sana. Nanti aku dah okey sikit aku pergilah klinik tu." Ariana kembali membetulkan selimutnya.

 "Kau ni kan. Degil! Aku tahu balik nanti aku nampak ubat klinik. Kalau tak aku seret kau pergi hospital terus. Faham tak?" Nisa sudah berkeras. Memang inilah perangai Ariana sejak dari dahulu lagi. Paling susah untuk ke klinik ataupun hospital.

    "Ya ya nanti aku pergilah. Dah kau pergi kerja sana nanti lambat pula kau buka taska tu." Ariana sudah menolak Nisa untuk pergi.

Nisa berlalu meninggalkan Ariana dengan kerisauan. Tetapi dia tahu rakannya ini pandai menjaga diri.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Ariana terasa badannya sudah beransur pulih tetapi kepalanya masih berdenyut. Segera Ariana bersiap untuk ke klinik. Tak tahan juga rasanya untuk terus baring tanpa sebarang ubat.

Ariana cuba juga memandu dengan keadaan begitu. Dia mengambil keputusan untuk terus pergi ke hospital. Jika hendak dibandingkan jarak klinik dan hospital, lebih dekat hospital. Ariana cuba memandu kereta Nissan Almera hitamnya itu dengan perlahan.

Nampaknya hari ini tidak ramai pesakit. Lega sikit hatinya. Tidak perlulah dia berlama disini.

"Cik Ariana Nasuha." Seorang jururawat perempuan memanggil nama Ariana untuk masuk ke dalam bilik doktor.

Perlahan Ariana mengatur langkah dan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Terkejut juga tatkala dia menjejakkan kaki ke dalam bilik itu.

'Boleh tahan juga doktor dekat sini. Handsome.' Getus hati kecilnya.

Ariana duduk dihadapan doktor tersebut. Berdegup laju juga jantungnya melihat doktor itu. Seperti pernah dia lihat tetapi dimana pun dia tidak pasti.

    "Jadi cik sakit apa?" Soal doktor tersebut sambil tersenyum manis. Tidak lekang senyuman daripada bibirnya itu.

'Tak penat agaknya doktor ni asyik senyum je.'

    "Sa..saya saya demam."
Tergamam Ariana.

'Aduhh tergagap pula.' Merah padam muka Ariana.

Doktor tersebut hanya tersenyum memandang Ariana.

    "Laa. Baru demam sikit pun dah gagap ke?" Perli doktor itu.

Ariana hanya tersengih.

Selesai melakukan pemeriksaan doktor itu kembali melemparkan senyumannya kepada Ariana.

Cair juga Ariana buat seketika. Mana tidaknya, wajah yang tidak lekang dengan senyuman ditambah pula dengan rambutnya yang dipacakkan, dan cermin mata yang dipakainya membuatkannya kelihatan sungguh tampan.

    "Doktor ni memang suka senyum ke?" Tidak tahu bagaimana ayat itu boleh terkeluar daripada mulut Ariana.

    "Taklah, saya suka senyum dekat orang yang saya kenal je." Selamba sahaja doktor kacak itu berkata-kata.

    "Haa? Doktor kenal saya ke?" Ariana membuat riak wajah terkejutnya.

    "Takkanlah tak kenal. Ariana Nasuha Helmi pelajar cemerlang SMK Panglima Garang tahun 2005." Doktor kacak itu mengangkat sebelah keningnya.

Ariana semakin terkejut. Pantas matanya melirik pada nama yang dilekatkan di dinding belakang doktor tersebut.

    'Dr. Azif Izwan'

Pap! Seperti ada satu aliran yang melalui otak Ariana ketika ini. Automatik Ariana membulatkan matanya.

    "Serious ni Azif?"

    "Ingat juga akhirnya. Ingatkan dah lupa dekat kita." Azif kembali tersenyum.

Lama sungguh dia tidak bertemu dengan Ariana. Makin ayu dan cantik orangnya. Sama seperti dahulu. Ariana tidak pernah berubah.
*************************************
Penat sungguh rasa badannya. Mata yang masih berat itu tetap dibukanya. Matanya mula melirik ke setiap penjuru bilik. Keluhan berat dilepaskan. Tidak sangka dia sudah bergelar suami orang ketika ini.

Naszrin segera bangun dari pembaringannya dan membersihkan diri. Selesai sahaja dia bersiap, dia terus menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Izza Fauziana sedang asyik membuka hadiah yang diterima daripada para tetamu tempoh hari.

    "Eh! Abang dah bangun? Good Morning!" Izza terus menyapa suaminya.

Naszrin hanya membalasnya dengan senyuman.

    "Abang! Tengok ni! Ni hadiah yang adik Ina bagi. Cuba abang tengok dia bagi buku apa. Bagus tau buku ni. Nah 'Suami Tauladan' untuk abang 'Isteri Mithali' untuk Izza." Izza menyerahkan buku bertajuk 'Suami Tauladan' itu kepada Naszrin.

Naszrin agak tersentak. Tangannya mengambil buku tersebut daripada Izza dan mula membelek isi kandungannya. Sedang dia asyik membelek buku tersebut, dia mendapati terdapat sehelai nota kecil yang diselitkan didalamnya.

  'Saya minta maaf kalau saya ada buat silap dengan awak. Awak jangan risau, saya dah lama maafkan awak. Jaga Kak Izza baik-baik. -Ariana-'

Sebak hati Naszrin tatkala membaca nota tersebut. Dia kini hanya mampu berdoa supaya Ariana juga sentiasa bahagia.
*************************************
Ariana membawa sedulang air untuk rakan-rakan serumahnya yang sedang asyik menonton drama korea.

    "Eh. Nilah sebabnya kitaorang semua saaaaayang Ina. Dahlah cantik, baik pula tu. Untung bakal suami nanti." Ujar Idah sambil menghirup air bancuhan Ariana sebentar tadi.

Ariana hanya mencebik. Faham benar Ariana dengan perangai mereka ini. Bila bab untuk membodek memang nombor satu.

    "Ehh korang, sebenarnya aku ada satu cerita tau. Aku asyik lupa je nak cerita dekat korang." Tiba-tiba Ariana bersuara.

    "Apa dia?" Soal Fiqah. Idah dan Nisa juga sudah mula memberikan perhatian kepada Ariana untuk mendengar ceritanya.

     "Korang ingat tak 2 minggu lepas yang masa aku demam haritu?" Ariana bertanya dahulu sebelum memulakan ceritanya.

     "Haa. Dah kenapa?" Soal Nisa pula semakin hairan.

     "Korang tahu tak masa aku pergi hospital haritu siapa yang rawat aku?"
Ariana sengaja memberikan suasana suspen kepada mereka.

    "Manalah kitaorang tahu! Kau tak cerita lagi." Fiqah pula yang seakan hilang sabar dengan permainan Ariana.

    "Rileks. Doktor yang rawat aku tu sebenarnya Doktor Azif Izwan." Teruja Ariana menyampaikan ceritanya.

Idah, Fiqah dan Nisa membuat muka 'blur' mereka.

    "Siapa tu? Aku kenal ke?" Fiqah menyoal.

    "Ya Allah korang tak ingat ke? Azif Izwan, senior kita dekat sekolah dulu tu lah."Ariana cuba mengingatkan mereka kembali.

    "Oh! Aku ingat! Ex cinta monyet kau dulu tu kan? Sebelum kau couple dengan Naszrin tu kan?" Selamba sahaja Fiqah menjawab.

Ariana sudah tersentak. Terdiam dia untuk seketika. Fiqah juga terdiam selepas menyedari kesilapannya.

    "Naa kau okey tak?" Soal Idah risau.

'Fiqah ni pon kalau nak cakap fikirlah dulu. Dahlah orang tu baru lepas kecewa.' Getus hati kecil Idah sambil menyiku lengan Fuqah.

    "Tak ada apa-apa lah. Cerita lama kan. Betul lah yang tu. Makin handsome dia sekarang. Dah jadi doktor pula tu." Ariana kembali menyambung ceritanya.

Malas dia mahu mengambil hati. Kalau boleh dia mahu melupakan segala-galanya.

    "Iya ke? Kau sure ke tu memang dia?" Soal Nisa pula inginkan kepastian.

    "Ya. Aku mula-mula pun tak cam. Lepas tu dia yang mula tegur aku dulu. Aku pun tak percaya yang tu dia. Serious dia memang makin handsome."

Idah dan Nisa saling berpandangan. Moga-moga masih ada ruang lagi di hati Ariana. Mudah-mudahan Azif boleh mengubatkan kembali luka di hati Ariana.
*************************************
8 bulan kemudian*

Fiqah berlari-lari anak ke arah peti surat apabila mendengar bunyi motor posmen. Surat yang diambil tadi terus dibawa masuk ke dalam rumah.

"Wey. Surat ni untuk kita semua la." Jerit Fiqah dari arah ruang tamu.

"Surat apa? Bacalah. Tak pernah-pernah dapat surat sekali untuk kita berempat." Ariana yang sedang membasuh pinggan di singki bersuara.

Pantas Fiqah terus membuka surat tersebut dan membacanya. Tidak lama kemudian Fuqah terus bersorak keriangan. Satu rumah dapat mendengar suaranya yang nyaring itu. Idah dan Nisa yang berada di dalam bilik juga turut berlari anak menuruni tangga. Ariana yang sedang sibuk membasuh pinggan juga turut sama terhenti. Mereka bertiga terus menghala ke arah Fiqah.

    "Woi! Kau dah kenapa memekik? Mental tak betul ke apa?" Nisa membaling bantal kecil ke arah Fiqah yang masih tersenyum seorang diri.

"Korang tengok la kita dapat jemputan apa ni!" Fiqah menyerah sekeping kad kepada mereka bertiga.

Selesai sahaja membaca kad tersebut, Ariana pantas berlalu dan menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

    "Pasal ni je kau memekak satu taman?" Soal Idah pula sambil menjeling ke arah Fiqah.

    "Kenapa ni? Aku tengok korang macam tak excited je." Fiqah pelik melihat kelakuan rakan-rakannya.

    "Tengok Runningman lagi baguslah." Nisa berlalu memasuki biliknya semula.

    "Reunion je kot. Aku ingatkan menteri nak bagi duit ke apa. Haih macam-macam la kau ni!" Idah mencampakkan kad itu kepada Fiqah.

    "Mestilah excited. Kau tahu tak reunion nanti kita boleh jumpa kawan lama. Mesti seronok! Dan yang paling penting aku boleh bergaya sakan. Kau tengok tema dia apa, biru putih tau! Boleh lah aku bergaya ala-ala Cinderella!" Fiqah sudah mula memasang angan-angannya.

    "Kau tu bukan Cinderella. Kau tu 'Saya Tak Rela' je." Idah sudah ketawa terbahak-bahak.

Segera Idah mencapai alat kawalan jauh dan mula mencari siaran yang menarik.

Telefon Ariana yang diletakkan diatas meja di ruang tamu tiba-tiba berdering.

Sementara Ariana melangkah untuk ke ruang tamu dari arah dapur, Fiqah telah mengangkat terlebih dahulu panggilan tersebut.

    "Hello! Azif ea. Ina tengah basuh..." Ariana segera merampas telefon pintarnya apabila melihat tindakan Fiqah sebentar tadi.

"Jangan sibuk lah." jeling Ariana.

Fiqah hanya mencebikkan bibirnya.

Di hujung talian Azif sudah tergelak apabila mendengar telatah Ariana dan rakannya.

"Hello?" Sapa Ariana.

"Haa Ariana. Saya nak tanya ni, esok hujung minggu kan. Awak free tak?" Azif bertanya.

"Free. Kenapa?"

"Saya nak ajak awak keluar lah." Azif berterus terang.

"Keluar?" Ariana sedikit curiga.

"Yup. Esok saya cerita. Saya ambil awak pukul 11.30 okey. Bye." Azif mematikan taliannya.

Ariana terkedu.

'Dah kenapa dengan mamat ni. Haih. Aneh-aneh sungguh perangai masing-masing.'

"Azif nak apa?" Soal Fiqah ingin tahu.

"Dia ajak keluar." Balas Ariana selamba.

"Wuu. Nak date lah tu." Fiqah cuba mengusik.

"Pandai la kau." Ariana malas mahu melayan kepala Fiqah yang mereng itu lalu menyambung kerjanya mengemas dapur.
*************************************
Sudah 20 minit Ariana didalam kereta bersama Azif.

"Kita nak pergi mana? Jauh lagi ke?" Soal Ariana curiga.

"Kite nak pergi mall je." Jawab Azif selamba.

"Ohh. Nak buat apa?" Ariana semakin curiga.

"Awak dapat kad reunion tu tak?" Soal Azif sambil memandang Ariana sekilas sebelum menumpukan kepada pemanduannya semula.

"Dapat." Jawab Ariana sepatah.

"Saya nak cari baju untuk pergi reunion tu la. Kan tema dia biru putih. Saya mana ade baju. Awak boleh teman kan?" Azif menerangkan hal yang sebenar.

"Awak dah angkut saya sampai sini baru nak tanya saya boleh teman ke tak. Kalau saya kata tak boleh awak nak berhentikan saya dekat tepi jalan ke?" Ariana memerli.

Azif hanya tersenyum mendengar jawapan daripada Ariana. Sudah lama dia tidak mendengar celoteh Ariana.

"Awak cantik sangat harini awak ingat saya nak bawa awak pergi mana?" Azif kembali menyoal Ariana.

"Cantik? Apa yang cantiknya? Kemeja dengan jeans je. Simple je kot." Ariana membetulkan tudungnya. Rasanya tiadalah dia berlebihan.

"Awak pakai apa pun tetap cantik. Even benda tu simple." Azif kembali memuji sambil tersenyum.

Benar, Ariana sentiasa cantik di matanya. Azif sendiri tidak tahu apakah perasaannya kepada Ariana kini. Mungkin dia sudah jatuh cinta.

15 minit kemudian mereka sudah tiba di pusat beli belah yang dimaksudkan. Azif segera meletakkan keretanya.

Mereka bergandingan menuju ke pintu masuk.

"Saya lapar lah. Jom makan dulu." Azif memegang perutnya.

"Tak kisah." Ariana tersenyum.

Mereka berjalan menuju ke sebuah restoran. Sementara menunggu makanan dihidangkan, Azif cuba berbual dengan Ariana.

"Awak pergi kan reunion tu?" Soal Azif.

"Hmm tak sure la. Macam nak pergi, macam tak nak pergi." Ariana membalas.

Sebenarnya Ariana ingin benar untuk ke majlis reunion itu. Tetapi itu akan membawa maksud yang dia juga akan bertemu dengan Izza dan Naszrin. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan mereka berdua untuk kali kedua.

"Tapi kenapa?" Azif kembali menyoal apabila melihat riak wajah Ariana.

"Entahlah. Macam yang saya cakap tadi, saya sendiri tak pasti." Ariana melepaskan keluhan kecil.

"Awak pergi je lah. Saya kan ada. Idah, Fiqah dengan Nisa pun pergi kan? Macam ni, apa kata saya ambil awak haritu. Awak pergi dengan saya je."
Azif memberikan cadangannya.

"Tak apa lah. Buat susah je la. Saya pergi dengan diaorang je lah senang." Ariana menolak lembut.

"Tapi saya nak ambil awak juga. Jadi partner saya please." Azif cuba memujuk Ariana.

"Ok fine." Akhirnya Ariana berserah juga.

Jauh di sudut hati kecil Azif, dia sudah tersenyum kegirangan. Nampaknya seperti masih ada peluang untuknya mendapatkan Ariana kembali.
*************************************
"Ina! Ina! Ina! Tengok aku ni cantik tak. Ada iras Cinderella tak! " Fiqah terus menerjah masuk ke dalam bilik Ariana.

Ariana yang masih memakai tudung bawalnya hanya membuat tidak endah.

Idah dan Nisa juga mula berkumpul di dalam bilik Ariana.

"Azif ambil kau kan?" Soal Idah sambil memerhatikan Ariana yang sedang mengoleskan 'lip balm' di bibirnya.

"Yup." Jawab Ariana sepatah.

"Untunglah" Fiqah tiba-tiba menyampuk.

"Memang Ina untung. Kau tengok dia dapat doktor. Kau? Apa pun tak boleh." Nisa ketawa terbahak selepas mengenakan Fiqah.

"Kau serius ke nak pakai macam tu je?" Soal Ariana seakan tidak percaya apabila melihat pakaian Nisa.

"Kenapa? Tak boleh ke? Bukan aku seorang je pakai baju ni. Aku dah bincang dengan 2 3 orang lagi lah. Semua pakai baju sama." Jawab Nisa selamba.

"Suka hati kau lah. Asalkan kau happy." Ariana malas mahu mengulas lanjut.

Faham benar Ariana dengan perangai Nisa. Peminat tegar Manchester City sehinggakan mahu ke majlis reunion pun dia sanggup untuk memakai jersi pasukan tersebut.

Pin! Pin! Kedengaran bunyi hon daripada kereta BMW putih milik Azif.

"Aku gerak dululah."  Ariana berlalu meninggalkan rakan-rakannya.

Masuk sahaja Ariana ke dalam kereta, pandangan Azif tidak lepas daripada memandang Ariana.

"Dah kenapa tengok saya macam tu? Ada yang tak kena ke?" Ariana mula membetulkan tudungnya.

Azif mulai tersenyum. Ariana kelihatan sangat cantik hari ini. Walaupun pakaiannya agak simple, tetapi dia kelihatan sangat cantik.

Ariana yang memakai dress fishtail putih dan skirt labuh berwarna biru langit,dan juga menyarungkan bawal crepe berwarna biru langit itu kelihatan sangat menarik. Ditambah pula dengan solekan nipis yang menghiasi wajahnya yang sudah sedia elok boleh membuatkan mana-mana lelaki cair apabila melihatnya.

"Taklah. Awak cantik macam selalu." Azif memuji Ariana terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanannya.

"Awak pun apa kurangnya. Kalau diaorang tahu Azif Izwan sekarang dah jadi Doktor Azif Izwan, mesti histeria satu dewan nanti. Hahaha." Ariana kembali memuji Azif.

Azif juga tidak kurang hebatnya. Seluar biru langit dan kemeja putih yang dipakainya kelihatan sangat sesuai dengan badannya yang tinggi dan agak berotot itu. Tidak cukup itu, rambut yang sentiasa dipacakkan ke atas dan cermin matanya menjadi pelengkap gayanya malam ini. Ariana masih ingat lagi dialah yang memilih baju dan seluar tersebut, itu pun setelah Azif berkeras mahu Ariana yang memilihkan baju untuknya.
*************************************
Setelah 45 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba juga di hotel yang dimaksudkan.

Ariana dan Azif jalan bergandingan bersama. Dari jauh mereka kelihatan sangat sepadan sekali.

Suasana di dalam dewan tersebut sangat meriah dengan bunyi lagu dan manusia yang saling bertegur sapa setelah 8 tahun tidak bersua muka.

"Saya pergi borak-borak dengan kawan dulu ye." Azif meminta diri daripada Ariana.

Ariana hanya mengangguk kecil.

Tidak lama setelah kepergian Azif, tiba-tiba Ariana disapa seseorang.

"Adik! Akak ingat adik tak datang tadi. Puas akak cari tahu tak! Jom duduk dengan akak jom!" Izza segera menarik tangan Ariana dan membawanya ke meja makan tempatnya dan Naszrin sedang duduk.

Ariana yang masih terkejut hanya mengekori Izza apabila tangannya ditarik.

"Ina duduk sini! Lamanya tak jumpa kan! Last haritu jumpa masa kenduri kahwin akak. Tu pun sekejap je sebab Ina nak cepat." Izza tidak dapat menahan terujanya apabila bertemu Ariana.

Ariana yang masih terkejut dengan apa yang berlaku hanya membalasnya dengan senyuman. Tiba-tiba matanya tertancap pada perut Izza yang seakan membulat.

"Akak pregnant ke?" Soal Ariana.

"A'ah. Dah 6 bulan dah. Cepatkan masa berlalu." Jawab Izza tersenyum sambil mengusap perutnya.

"Congrates. Tak sabar nak tengok anak akak." Ariana tersenyum. Lega juga hatinya apabila melihat Izza bahagia.

"Kan? Eh sedap je kite sembang-sembang ni. Akak ambilkan Ina air ye."

"Ehh. Tak apa biar Ina ambil sendiri. Kan akak tengah pregnant." Ariana pantas menghalang.

"Orang pregnant kena banyak gerak. Baru senang nak bersalin nanti." Tanpa mempedulikan halangan Ariana, Izza terus berlalu meninggalkan Ariana dan Naszrin.

Sejak daripada tadi Naszrin tidak lepas daripada memerhatikan Ariana.
Ariana yang mulai sedar keberadaannya kini sudah mulai kekok.

"Awak sihat?" Naszrin tiba-tiba bersuara.

Ariana yang terkejut dengan pertanyaan Naszrin hanya mengangguk kecil.

Naszrin semakin sayu apabila melihat Ariana langsung tidak menoleh ke arahnya.

"Awak marah saya lagi ke?" Soal Naszrin lagi.

Ariana menggelengkan kepalanya tetapi masih menunduk ke bawah. Tidak sanggup dia mahu menatap wajah Naszrin kali ini.

"Jadi awak sekarang dengan Azif ke?" Soal Naszrin ingin tahu.

Ariana agak tersentak dengan soalan yang diajukan Naszrin, pantas dia mengangkat mukanya dan memandang wajah Naszrin.

Naszrin sukar menafsirkan pandangan itu. Sudah lama dia tidak melihat pandangan begitu daripada Ariana.

"Nas! Ina! Ingat aku lagi tak?" Tiba-tiba seseorang datang menegur mereka berdua.

"Akulah! Aiman! Lama tak jumpa korang. Tak sangka yang korang masih together ea? Kuat betul jodoh korang." Selamba sahaja Aiman berkata.

Ariana dan Naszrin sudah tersentak. Ditambah pula Izza sudah pun tiba di meja tersebut sambil membawa segelas air.

Azif yang melihat kejadian tersebut pantas mengambil tindakan.

"Sayang, jom!" Azif mengajak Ariana.
Ariana semakin terkedu.

Naszrin dan Aiman juga terkejut melihat tindakan Azif.

"Sorry bro, aku ingat Ina dengan Naszrin lagi." Aiman yang seperti sudah mengetahui kesalahannya mula beredar.

Izza yang telah mendengar segala-galanya mula beredar dan menuju ke arah tandas. Ariana segera berlari mendapatkan Izza.

"Akak. Akak. Akak salah faham ni. Ina dengan Nas tak ada apa-apa. Itu semua cerita lama." Ariana sedaya upaya menerangkan kepada Izza.

Izza Fauziana sudah pun dibasahi dengan air mata.

"Kak. Ina minta maaf kalau Ina buat salah kak." Ariana menjadi serba salah.

"Tak. Tak. Ina tak salah. Akak yang salah. Rupanya Ina lah cinta pertama Abang Nas. Akak yang salah. Akak dah rampas Abang Nas dari Ina." Izza kembali memeluk Ariana. Tidak sangka rupanya Ariana lah wanita yang selalu diceritakan oleh Naszrin sebelum mereka berkahwin dahulu.

"Jangan salahkan diri kak. Ina dengan Nas dah bertahun terputus hubungan. Akak sekarang pun dah bahagia dengan Nas. Ina pun dah bahagia dengan Azif." Ariana terpaksa mengaitkan nama Azif di dalam soal ini.

Ariana mengelap air mata Izza dan melemparkan senyuman. Dia faham, perempuan mengandung mudah terasa dan sensitif.

"Betul ke Ina dengan Azif?" Soal Izza inginkan kepastian.

Ariana tersenyum dan mengangguk. Izza kembali tersenyum. Lega hati Ariana apabila melihat Izza tersenyum kembali.

"Dah. Lap air mata akak tu. Tak cantik lah menangis macam ni." Ariana memeluk bahu Izza.

Izza hanya tersenyum dan mengelap air matanya yang bersisa.

Sementara itu Naszrin dan Azif masih di meja tersebut sambil menantikan Izza dan Ariana.

"Kau serius ke dengan Ariana?" Soal Naszrin tegas.

"Kau perlu tahu ke?" Azif kembali menyoal. Dia tahu sejarah hubungan Ariana dan Naszrin.

"Aku rasa tu bukan jawapannya." Naszrin mengembalikan pandangannya kepada Azif.

"Aku rasa kau tahu jawapannya." Azif tersenyum sinis.  Bukannya apa, dia tahu apa sedang yang dialami Ariana sekarang ini. Tidak salah rasanya dia berlakon sekali sekala.

"Kau jangan sesekali berani nak main-mainkan Ariana." Naszrin menjeling tajam ke arah Azif.

"Hanya orang bodoh je yang akan lepaskan Ariana bro." Sinis Azif memerli.

Ariana pernah menceritakan kisah hidupnya kepada Azif tempoh hari. Jadi dia tahu serba sedikit apa yang dialami oleh Ariana.

Naszrin tersentak dengan jawapan Azif. Nampaknya Azif kelihatan tidak main-main kali ini.

Izza dan Ariana akhirnya muncul semula.

"Saya dah ceritakan semuanya dekat Kak Izza. Saya harap awak dapat jaga Kak Izza elok-elok." Tegas Ariana bersuara setibanya mereka di situ. Pandangan tajam disertakan sekali ke arah Naszrin.

"Dah jom sayang kita balik." Ajak Azif sambil bangun dari tempat duduknya.

"Ina balik dulu kak." Ariana memeluk Izza buat kali terakhir. Senyuman dilemparkan ke arah Izza.

Di dalam kereta Ariana dan Azif langsung tidak bersuara.

"Saya minta maaf, sebab saya kita kena balik awal." Ariana serba salah.

Azif memandang Ariana sekilas dan tersenyum.

"Tak apa lah. Saya pun sebenarnya bosan dekat sana. Lagipun esok saya kerja. Elok sangatlah kita balik awal ni." Jawab Azif jujur.

"By the way. Terima kasih sebab berlakon tadi. Kalau awak tak datang, saya pun tak tahu nak cakap apa dekat Kak Izza." Ariana melepaskan keluhan berat di dadanya.

"Awak cakap apa dekat Izza?" Azif ingin tahu.

"Saya cakap awak boyfriend saya. Lega sikit dia bila dengar saya cakap macam tu. Kalau tak mesti dia rasa bersalah sampai sekarang sebab ingatkan saya masih tunggu Naszrin." Ariana berterus terang.

"Kalau bukan berlakon pun saya rela." Jawab Azif perlahan sambil menggaru dagunya.

"Apa awak cakap?" Ariana kurang jelas dengan jawapan Azif.

"Tak ada apa lah." Azif membalas dengan senyumannya.

"Boleh saya tanya sikit tak?"  Ariana menoleh ke arah Azif yang sedang memandu.

"Apa dia?"

"Tadi awak borak apa dengan Naszrin? Saya nampak macam serius je?" Ariana teringatkan kejadian tadi. Kelihatan wajah Naszrin dan Azif seakan tegang.

"Ohh. Ada lah something, awak tak payah tahu lah." Azif menjawab ringkas. Teringat kembali wajah Naszrin yang tegang itu. Mahu tergelak juga dia.

'Macam manalah aku boleh berlakon sampai macam tu sekali. Mungkin memang nampak natural sebab aku nak pertahankan Ariana.' Getus hati kecil Azif. Tersenyum dia sendirian.

Ariana semakin pelik apabila melihat Azif tersenyum sendirian.
Biarlah dia, memang hobinya suka tersenyum. Malas dia mahu melayan.
*****************************
3 tahun kemudian*

Ariana Nasuha sedang sibuk membelek buku cerita kanak-kanak di dalam kedai buku itu. Hujung minggu begini bosan pula jika asyik terperap sahaja di rumah.

Pada mulanya dia mahu mengajak Azif menonton wayang tetapi Azif tiba-tiba sahaja mendapat panggilan kecemasan. Begitulah rutin seorang doktor. Terpaksa Ariana membatalkan niatnya dan hanya duduk di kedai buku itu sahaja.

Ketika Ariana sedang sibuk membelek buku-buku di rak itu, dari ekor matanya dia mendapati seorang budak lelaki sedang asyik merenung dirinya.

Ariana melemparkan senyumannya ke arah budak lelaki tersebut. Terkejut Ariana apabila senyumannya itu dibalas dengan sebuah dakapan erat daripada budak lelaki tersebut.

"Eh. Adik kenapa ni? Mama adik mana?" Ariana segera merendahkan dirinya dan mengusap kepala budak lelaki tersebut.

"Aunty la mama Ayish!" Pelukannya semakin dieratkan.

Tergamam Ariana apabila mendengar kata-kata budak lelaki itu.

'Sejak bila pula aku ada anak ni?'

"Adik salah orang lah. Ayah mana ni?" Ariana cuba bertanya kembali kepada budak lelaki tersebut.

"Taklah. Papa cakap mama Ayish suka pakai tudung pink dengan baju warna biru!" Petah sahaja budak itu berkata-kata.

'Ah sudah' Ariana semakin gelisah. Ariana merenung wajah anak kecil itu. Saling tak tumpah seperti seseorang yang dia kenali.

"Ayish! Kan papa dah cakap jangan merayap." Seorang pemuda mula mendekati mereka berdua.

"Papa.. papa.. Ayish jumpa mama!" Budak lelaki itu masih memegang tangan Ariana.

"Jangan mengarutlah.. Saya minta maaf cik..."  Terhenti kata-katanya apabila melihat wajah gadis tersebut.

Ariana juga tercengang apabila melihat wajah bapa kepada budak kecil ini.

"Ariana..." sepatah perkataan keluar daripada mulut Naszrin.

Ariana masih terkaku. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang.

"Ariana.. Awak sihat? Awak apa khabar sekarang?" Bertalu-talu soalan diajukan oleh Naszrin.

Sudah lama sebenarnya dia mencari Ariana. Tidak sangka pula hari ini rezekinya untuk berjumpa dengan gadis yang dirinduinya ini.

"Kak Izza mana?" Soalan itu sahaja yang bermain difikiran Ariana ketika ini. Dia takut jika Izza ternampak dia bersama Naszrin begini.

"Izza? Awak dah makan? Jom! Saya akan cerita dekat awak semua pasal Izza." Naszrin tersenyum.

"Kenapa dengan Kak Izza? Mana dia?" Ariana masih tidak berganjak.

"Jomlah. Saya nak cerita la ni." Naszrin masih cuba memujuk.

Akhirnya Ariana akur. Mereka berjalan menuju ke sebuah restoran.
Selepas memesan makanan Ariana terus mengajukan soalannya.

"Kak Izza mana?"

Naszrin tersenyum.

"Awak nak tahu tak kenapa Ayish asyik panggil awak mama? Sebab dia tak pernah jumpa dengan mama dia." Terang Naszrin tenang.

"Apa maksud awak?" Ariana semakin keliru.

"Izza meninggal semasa lahirkan Ayish. Dia pendarahan teruk. Sejak tu saya dengan mama dengan papa saya la yang jaga dia sampai sekarang. Saya pernah tunjuk gambar Izza dekat dia. Tapi budak mana ingat sangat kan. Tapi saya tak sangka yang dia ingat saya cakap Izza suka pakai tudung pink dengan baju biru. Saya minta maaf la pasal tadi." Panjang lebar Naszrin bercerita.

Ariana tergamam apabila mendengar cerita Naszrin.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, kenapa tak ada siapa pun yang beritahu saya?" Ariana sebak.

"Saya dah cuba call awak. Tapi tak dapat." Naszrin menjelaskan hal yang sebenar.

Ariana baru teringat yang dia pernah kehilangan telefon bimbitnya. Rasa kesalnya terus menyelubungi diri.

"Handphone saya pernah hilang. Saya dah tukar nombor." Perlahan Ariana bersuara. Bagaimana dia boleh terlupa untuk memberikan nombor barunya kepada Izza dahulu?!

Keluhan berat dilepaskan Ariana. Matanya mula memandang Farish yang duduk disebelahnya. Wajahnya saling tak tumpah seperti Izza. Segera Ariana meletakkan Farish di atas ribanya. Jatuh kasihan pula dia pada anak kecil ini. Masih terlalu kecil untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya.

Dalam tidak sedar kelakuan Ariana sebentar tadi diperhatikan oleh Naszrin. Hatinya mula tertarik dengan layanan yang Ariana berikan kepada anaknya.

"Awak apa khabar sekarang?" Naszrin kembali mengajukan soalannya.

"Sihat. Macam nilah. Tak ada apa yang berubah." Ariana menjawab.

"Dah kahwin?" Naszrin memberikan soalan cepumasnya.

Tergamam Ariana mendengar soalan itu.

"Belum." Sepatah sahaja Ariana menjawab.

"Jadi hubungan awak dengan Azif?" Naszrin teringin benar mahu mengetahui status Ariana kini.

"Kitaorang masih kawan rapat." Itu sahaja yang dapat dijawab oleh Ariana.

Sebenarnya sudah beberapa kali juga Azif mahu menjadikan Ariana sebagai kekasihnya tetapi tetap ditolak lembut oleh Ariana. Ariana lebih selesa untuk berkawan dengannya ketika ini.

"Awak kerja apa sekarang?" Naszrin kembali bertanya selepas dapat memastikan status sebenar Ariana.

Nampaknya seperti ada peluang untuk dirinya mendapatkan Ariana.

"Saya ada buka taska sama-sama Idah, Fiqah dengan Nisa." Ariana menjawab ringkas.

"Oh ya ke? Dekat mana?" Naszrin seakan berminat.

"Dekat Taman Akasia."

"Oh baguslah. Kalau saya nak hantar Ayish dekat taska awak boleh? Dah lama saya cari taska sebenarnya, tapi saya takut sikit sebab banyak sangat kes dera sekarang ni." Naszrin menunjukkan minatnya.

"Boleh je. Awak boleh ambil borang bila awak free. Tapi kenapa tiba-tiba je nak hantar Ayish dekat taska?" Soal Ariana curiga. Tangannya tidak lepas daripada menyuapkan buburnya kepada Farish yang masih di ribanya.

"Lagi 2 minggu mama dengan papa saya nak pergi buat umrah. Saya pula kerja. Tak ada siapa dekat rumah yang nak jaga Ayish nanti." Naszrin berterus terang.

"Ohh. Tak apa. Nanti awak ambil borang." Ariana tersenyum.

Naszrin juga tersenyum. Nampaknya anaknya dapat membuka semula hati Ariana untuk bercakap dengannya. Dia tahu bahawa Ariana sangat menyayangi kanak-kanak.

'Ayish, Ayish kena tolong papa pikat balik 'mama' Ayish ni' bisik hati kecil Naszrin.
*************************************
Sudah sebulan lebih Farish ditempatkan di taska milik Ariana.  Itu membawa maksud sudah sebulan lebih jugalah Ariana menjadi 'mama' tidak berdaftar kepada Farish.

Ariana menunggu anak-anak jagaannya seperti biasa pagi itu. Kelihatan kereta Audi berwarna hitam milik Naszrin diparkir di hadapan pintu pagar.

Seperti biasa Farish akan turun terlebih dahulu dan terus berlari ke arah Ariana. Naszrin pula sedang mengambil beberapa buah beg di tempat duduk belakangnya.

Hairan juga Ariana apabila melihat beg yang dibawa Nazrin lebih banyak daripada biasa pula hari ini.

"Assalamualaikum." Tegur Naszrin sambil tersenyum.

Segak dia berkemeja hijau zamrud hari ini. Rambut yang sentiasa dikemaskan dan dipacakkan sedikit ke atas boleh menggugat mana-mana sahaja gadis yang melihatnya.

"Waalaikumussalam, banyak barang harini?" Tegur Ariana pula.

"Itulah. Saya nak minta tolong awak sikit ni. Boleh tak?" Naszrin inginkan kepastian. Dia benar-benar perlukan pertolongan Ariana kali ini.

"Apa dia?" Tanpa teragak-agak Ariana bertanya.

"Awak tahu kan mama dengan papa saya dah balik kampung. Harini jadual saya padat sangat. Saya rasa lewat malam nanti baru saya balik. Kalau boleh lepas habis taska ni saya nak minta awak jagakan Ayish sampai malam boleh tak? Saya janji saya akan sedaya upaya siapkan kerja-kerja saya secepat mungkin. Lepastu saya akan terus ambil Ayish dekat rumah awak." Naszrin memandang Ariana penuh pengharapan.

Ariana hanya tersenyum.
"Boleh. Apa salahnya. Tapi awak janganlah balik lambat sangat. Kasihan pula dekat Ayish nanti." Ariana memberikan persetujuannya.

Tersenyum riang Naszrin. Dia tahu Ariana memang tidak akan menolak. Itulah juga diantara salah satu sebab yang membuatkan Naszrin jatuh cinta pada Ariana. Ariana akan sedaya upaya cuba membantu seseorang itu setakat yang dia mampu.

Naszrin segera merendahkan dirinya dihadapan Ayish yang masih erat memegang tangan Ariana.

"Ayish dengar sini, harini papa balik malam. Lepas taska Ayish ikut mama balik rumah mama tau. Nanti lepas habis kerja papa ambil Ayish dekat rumah mama. Janji dengan papa yang Ayish takkan nakal-nakal. Kalau Ayish baik harini papa janji papa belikan Hotwheels baru." Naszrin membuat perjanjian dengan anaknya.

Ariana hanya tersenyum melihat keletah mereka berdua. Comel sahaja dia lihat.

"Naa, dalam beg ni semua ada tau. Kalau dia nak apa-apa cari je dalam beg ni." Naszrin menyerahkan beg tersebut kepada Ariana.

"Okeylah. Saya gerak dulu. Bye sayang-sayang papa. Assalamualaikum." Naszrin segera berlalu pergi.

Kata-kata yang dilemparkan Naszrin sebentar tadi kembali kedengaran di telinga Ariana.

'Bye sayang-sayang papa.'

Kenapa dia guna sayang tu dua kali? Bukan sayang dia tu untuk Farish seorang sahaja ke? Ke aku yang salah dengar? Tapi kalau satu lagi sayang tu untuk aku macam mana? Eish. Tak payah perasan lah.

Ariana bermonolog sendirian. Rangkulan tangan Farish menyedarkan Ariana kembali. Segera dia membawa Farish masuk ke dalam taska.
*********************************** Suasana rumah Ariana petang itu agak meriah dengan kehadiran Farish. Idah, Fiqah dan Nisa masing-masing berebut untuk mendapatkan Farish.

"Ayish, Ayish nak makan apa malam ni? Ayish cakap je, mama masak." Soal Ariana sambil memerhatikan Farish yang sedang leka bermain bersama 3 orang rakan karibnya.

"Ayish nak makan spaghetti!" Jawab Farish teruja.

"Spaghetti je? Betul ni?" Ariana inginkan kepastian.

"A'ah. Ayish suka spaghetti yang warna merah tu. Sedap.." Farish menunjukkan ibu jarinya.

Ariana tersenyum melihat keletah anak kecil itu. Nampaknya tekak Farish serupa sahaja dengan tekak papanya. Setahu Ariana, Naszrin juga amat menggemari spaghetti bolognese.

Segera Ariana mengeluarkan segala bahan-bahan yang diperlukan. Alhamdulillah, nasib baik semua bahan-bahannya cukup. Tidak perlulah dia keluar ke kedai lagi.

Ariana terus memulakan acara memasaknya. Tidak sampai satu jam, spaghetti bolognese versi Ariana Nasuha sudah siap dimasak.

Ketika Ariana sedang membasuh perkakas dapur yang digunakannya sebentar tadi, tiba-tiba telefon bimbit Ariana yang berada di ruang tamu berdering.

"Inaa! Azif call!" pekik Fiqah.

Segera Ariana mendapatkan telefon bimbitnya itu.

"Hello?" Tegur Ariana.

"Hello Naa, malam ni jom keluar dinner!" Azif terus mempelawanya.

"Haa? Malam ni tak bolehlah." Ariana menolak lembut.

"Kenapa pula?" Soal Azif curiga.

"Saya tengah jaga Farish ni." Ariana memberikan alasannya.

"Farish? Siapa Farish?" Azif semakin curiga.

"Farish. Anak Naszrin. Dia balik malam harini. Jadi dia suruh jaga anak dia kejap sementara nak tunggu dia balik." Ariana akhirnya berterus terang.

Tersentak Azif apabila mendengar penerangan Ariana. Rasa cemburunya sedikit sebanyak sudah mulai timbul.

"Bukan ke Naszrin tu tinggal dengan parents dia? Kenapa bukan parents dia je yang jaga anak dia?" Azif mula mempersoalkan tindakan Naszrin.

"Memanglah. Tapi harini parents dia tak ada. Balik kampung." Ariana menjelaskan perkara yang sebenar kepada Azif.

"Ok fine. Tak apa lah. Lain kali je lah kita keluar." Azif akhirnya pasrah.

"Sorry ya? Tak apa, lain kali  kita keluar saya yang belanja." Ariana kembali memujuk.

"Okey. Bye." Talian diputuskan.

Selesai sahaja solat maghrib, Ariana terus mendapatkan Farish yang sedang leka menonton cerita kartun di kaca tv.

"Ayish, nak makan tak? Jom." Ariana mempelawa anak kecil itu.

Farish segera melompat daripada sofa dan berlari anak ke arah Ariana.
Ariana membawanya ke meja makan.
Idah, Fiqah dan Nisa sudah pun menunggu di meja makan selepas menghidangkan makanan yang dimasak Ariana petang tadi.

Selepas membaca doa, mereka terus menjamu selera. Berselera sungguh Farish menikmati makanan kegemarannya itu.

"Sedap tak?"  Soal Ariana kepada Farish.

"Sedap! Nanti mama buat lagi tau." Farish menyambung semula sesi menikmati makanannya.

Ariana hanya tersenyum melihat gelagat Farish.

"Boleh sayang." Ujar Ariana sambil mengusap lembut kepala Farish.

"Aku tengok kau ni sayang betul dengan Farish ni. Siap panggil mama lagi." Tiba-tiba Idah bersuara.

"Nak buat macam mana. Aku kasihan tengok dia. Dia tak pernah dapat kasih sayang ibu. Kecik-kecik lagi dah tak ada ibu." Jawab Ariana sambil melepaskan keluhan kecil.

"Kau ni dah serius balik ke dengan Naszrin?" Giliran Nisa pula mengeluarkan soalan.

"Entahlah. Aku tak tahu nak cakap apa. Naszrin tak ada cakap apa-apa pun dekat aku." Ariana keliru dengan perasaannya sendiri.

"Habistu Azif macam mana? Dah banyak kali kau tolak untuk jadi kekasih dia kan?" Giliran Fiqah pula memberi soalan cepucemasnya.

"Azif, aku langsung tak ada perasaan pada dia. Cuma aku selesa berkawan dengan dia. Sebab tu aku tak terima jadi kekasih dia. Aku tak nak dia kecewa." Ujar Ariana jujur sambil memerhatikan Farish yang masih lagi menikmati makanannya.

"Jadi hati kau masih lagi pada Naszrin?" Soal Idah ingin tahu.

"Adalah. Sikit.ė"Ariana mengaku.

Ya, perasaanya kembali hadir ketika mereka berjumpa secara tidak sengaja sebulan yang lalu. Ariana mengakui yang hatinya masih menyayangi insan yang pernah membahagiakan dirinya dahulu.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Naszrin sudah menunggu di hadapan pintu pagar rumah Ariana.
Ariana muncul dari dalam rumah sambil mendukung Farish yang sudah terlena. Farish diserahkan kepada Naszrin.

"Lama dia tunggu awak." Ujar Ariana ketika menyerahkan Farish kepada Naszrin.

"Ya saya tahu. Saya minta maaf sangat-sangat. Banyak sangat kerja tadi. Terima kasih sebab sudi jaga Farish satu hari ni." Ucap Naszrin ikhlas.

"It's okay. Awak gerak la cepat. Dah malam ni. Kasihan Farish." Ariana jatuh kasihan apabila melihat Farish sudah benar-benar tertidur.

"Terima kasih sekali lagi. Saya gerak dulu. Bye. Assalamualaikum." Naszrin berlalu meninggalkan Ariana.

Ariana hanya tersenyum dan menunggu sehingga kereta milik Naszrin hilang dari pandangan matanya barulah dia masuk ke dalam rumah.
*************************************
"Ina, Ina!" Sudah beberapa kali Fiqah mengetuk pintu bilik Ariana namun masih tiada sahutan.

"Ina! Jom turun makan! Aku dah masak ni! Dah seminggu kau tak jamah nasi ni!" Fiqah mencuba sekali lagi.

Risau dia apabila Ariana berkelakuan begini. Ini semua gara-gara masalah di taska yang masih belum selesai. Ariana tidak menyentuh nasi langsung seminggu ini. Jika dia benar-benar lapar pun dia hanya makan sekeping roti kosong.

"Ina! Jom lah turun makan! Kalau kau tak nak keluar aku buka pintu bilik kau guna kunci spare!" Fiqah cuba mengugut.

Masih dikira mengugut ke jika dia mahu menggunakan kunci spare? Lantaklah! Yang penting dia perlu pastikan Ariana makan hari ini. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Ariana. Jika apa-apa berlaku dia mahu telefon siapa, Idah dan Nisa sudah pulang ke kampung. Dia pula tidak pandai memandu. Jika dia memandu, habis semuanya dilanggar.

"Ina! Aku buka ea pintu ni!" Fiqah sudah memasukkan kunci pendua di lubang kunci pintu bilik Ariana.

Kunci dipulas dan pintu dibuka. Pantas Fiqah mencari bayang Ariana.

Kemana pula dia pergi, atas katil tak ada.

Fiqah melangkah ke arah tandas yang pintunya terbuka sedikit.

Terkejut dia apabila mendapati Ariana sudah pengsan diatas lantai. Panik, cemas semuanya dia rasakan ketika ini.

"Kan aku dah cakap. Apa aku nak buat ni. Haa! Aku telefon dia je lah." Fiqah mendapat satu idea dan terus mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.
*************************************

Kelopak mata yang terasa berat itu dibuka perlahan. Kepalanya terasa seperti berpusing. Ariana seperti dapat merasakan ada tangan kecil yang sedang memeluknya.

 Matanya kemudian terus melihat Farish yang sedang lena tidur disebelahnya sambil memeluk dirinya. Matanya kemudian dilirikkan di setiap penjuru bilik.

Terkejut Ariana apabila mendapati Naszrin sedang tidur di atas sebuah sofa yang berdekatan katilnya. Pantas tangan Ariana mencapai sehelai selendang yang disangkutkan di kepala katilnya itu dan dililitkan sahaja di kepalanya. Biarlah, asalkan auratnya terpelihara.

'Astaghfirullahalazim, mesti Naszrin dah nampak rambut aku tadi.' Ariana beristighfar panjang.

Farish yang berada disebelah sudah mula menggeliat. Pasti disebabkan tindakan Ariana sebentar tadi. Segera Ariana menepuk-nepuk Farish agar dia terlena semula.

Ariana cuba mengingati apa yang berlaku sebenarnya. Seingatnya, dia mahu menunaikan solat Zohor. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik air, kepalanya terasa seperti berpusing-pusing dan pandangannya terus menjadi hitam. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada diatas katil hospital ini.

Pintu bilik tiba-tiba diketuk daripada luar. Muncul Puan Zaidah dan Encik Helmi di muka pintu. Puan Zaidah terus menghala ke arah anak bongsunya itu.

"Apa jadi dekat kau ni Ina!" Puan Zaidah terus membelek seluruh badan anaknya.

"Shhh. Perlahan sikit suara tu Ibu." Ariana memuncungkan mulutnya ke arah Farish yang masih lena disisinya.

"Anak siapa ni?" Soal Puan Zaidah penuh tanda tanya.

"Tu. Atas sofa tu." Ariana menunjukkan jarinya ke arah Naszrin yang masih terlena.

Terkejut Puan Zaidah apabila melihat Naszrin disitu.

"Apa dia buat dekat sini? Izza mana?" Puan Zaidah semakin musykil.

"Apa dia buat dekat sini pun Ina tak tahu. Sedar-sedar je dia dah duduk dekat situ. Izza dah lama meninggal Bu. Masa lahirkan Farish ni." Ariana menceritakan serba sedikit.

"Innalillahiwainnailairojiun. Tak beritahu Ibu pun." Puan Zaidah memandang anaknya.

"Ina pun baru tahu 2 bulan lepas. Masatu terjumpa Naszrin dengan Farish ni dekat mall. Masatulah baru Naszrin cerita semuanya. Ina pun terkejut."

Puan Zaidah mengangguk faham. Perlahan dia mengusap pipi gebu Farish. Jatuh kasihan dia apabila melihat wajah anak kecil itu.

Seorang jururawat menolak troli makanan ke dalam bilik Ariana.

"Puan, ni makanan. Jangan lupa makan ya." Ucap jururawat itu sambil tersenyum sebelum beredar meninggalkan bilik Ariana.

Bunyi troli tersebut telah membuatkan Farish dan Naszrin terjaga dari lenanya. Naszrin yang tersedar terus bersalaman dengan Encik Helmi sebelum duduk semula untuk membaca majalah.

"Ibu jangan terkejut tau dengar Farish panggil Ina apa nanti." Berkerut dahi Puan Zaidah cuba untuk memahami kata-kata Ariana.

"Mama dah bangun?" Soal Farish polos apabila melihat Ariana sedang tersenyum melihatnya.

"Dah lama mama bangun. Ayish yang tak bangun-bangun tadi." Ariana mengambil Farish dan meletakkannya dia atas ribanya.

Puan Zaidah tersenyum lebar. Faham lah dia kini apa yang dimaksudkan Ariana sebentar tadi.

"Mama ni siapa?" Soal Farish lagi.

"Inilah ibu dengan ayah mama." Jawab Ariana sambil tersenyum.

"Ohh. Ayish nak panggil apa?" Soal Farish seakan teruja.

"Ayish panggil nenek, wan. Ayish panggil atok ni, aki." Puan Zaidah membalas persoalan Farish sambil tersenyum. Petah sungguh budak ini berbicara.

Tiba-tiba pintu bilik Ariana diketuk sekali lagi. Azif memberikan salamnya. Azif segera bersalaman dengan Encik Helmi apabila mendapati ibu dan ayah Ariana juga berada di situ. Dia perasan akan kehadiran Naszrin di atas sofa tetapi jika tuan punya badan juga buat tidak tahu sahaja malas pula dia mahu melayan.

"Awak buat apa dekat sini? Tak kerja ke?" Soal Ariana curiga.

"Eh, kerja. Saya free kejap ni jadi saya ingat nak tengok awak." Balas Azif sambil tersenyum.

"Mana awak tahu saya dekat sini?" Soal Ariana lagi.

"Eh awak ni. Kan saya kerja dekat sini. Lagipun doktor yang rawat awak tu kawan saya." Jawab Azif sambil tersenyum.

Dalam tidak sedar, ada sepasang mata tidak lepas daripada merenung Azif daripada tadi. Meluat pula rasa hatinya. Cemburu di dalam hati sudah membuak-buak.

'Nasib baik ni bukan hospital aku tau. Kalau tak dah lama aku halau kau.' Getus hati kecil Naszrin.

"Ohh. Bu ni kawan Ina. Azif." Ariana memperkenalkan Azif kepada ibunya.

"Oh. Azif ni doktor ya. Azif tahu tak Ariana ni sakit apa sampai boleh masuk wad pula ni." Soal Puan Zaidah.

Ariana juga mengangguk kecil. Dia sendiri tidak tahu apa sebab keberadaannya disini.

"Kawan saya cakap, Ina ni tekanan darah rendah. Stress sangat agaknya.  Makan pun lupa ya?" Azif memerli Ariana.

Risau juga dia apabila mendapat tahu Ariana dimasukkan ke sini. Mujurlah dia juga bekerja disini. Sekurang-kurangnya dapat juga dia menjenguk sekali-sekala.

"Ishh. Kan ibu dah pesan jangan tak makan!" Puan Zaidah memukul lembut peha anaknya.

Ariana mengaduh manja.
"Habistu Azif tahu tak bila Ariana boleh keluar?" Soal Puan Zaidah lagi.

"Selalunya kalau macam ni tak lama. 2 3 hari je selalunya. Kalau keadaan dia stabil and dah normal balik, esok dah boleh keluar dah." Ujar Azif sambil tersenyum.

"Eloklah tu. Ibu pun tak boleh lama-lama dekat sini. Ibu nak kena balik ni." Puan Zaidah mengambil beg tangannya.

"Alaa. Kan baru sampai. Nak balik cepat-cepat buat apa?" Ariana menarik tangan ibunya.

"Ina ingat JB dengan KL tu dekat ke? Ina dah lupa Kak Long kamu tengah berpantang dekat rumah tu? Siapa yang nak jaga dia?" Puan Zaidah mula membebel.

Ariana memuncungkan bibirnya.

"Yelah, yelah. Ayah bawa kereta elok-elok. Jangan berlumba pula." Ariana bersalaman dengan bapanya selepas memeluk ibunya.

Matanya hanya memerhatikan Ibu dan Ayahnya berlalu pergi.

"Okeylah. Saya pun tak boleh lama ni. Saya gerak dulu lah. Apa-apa call ea?" Azif juga meminta diri untuk menyambung kerjanya.

Akhirnya hanya tinggal Ariana, Farish dan Naszrin sahaja didalam bilik itu.

"Amboi orang tu, mentang-mentanglah anak bongsu. Bukan main manja lagi dengan ibu dia." Naszrin tiba-tiba bersuara.

"Biarlah. Nas, Saya nak tanya sikit boleh?" Ariana tiba-tiba teringatkan sesuatu.

"Apa dia? Tanya je lah." Naszrin meletakkan majalah yang dibacanya di sebelah untuk memberikan perhatian kepada Ariana.

"Kenapa jururawat tadi panggil saya Puan?" Ariana benar-benar ingin tahu.

Naszrin tersengih.

"Err.. Tadi saya cakap yang awak ni isteri saya. Bukan apa, kalau saya tak cakap macam tu dia tak bagi saya masuk bilik ni sekali. Farish tadi menangis-nangis nak tengok awak. Saya tak sampai hati." Naszrin menjawab teragak-agak . Terpaksa dia melibatkan Farish.

'Aduhh, tak apa lah kelentong sekali-sekala.' Getus hati kecilnya.

Sebenarnya Naszrin yang seperti cacing kepanasan apabila Ariana terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Risaunya tadi hanya Allah sahaja yang tahu. Beriya dia mahu masuk ke dalam sini untuk melihat Ariana sehinggakan terpaksa menipu.

Ariana mengangguk kecil tanda faham. Tidak mengapalah jika ianya dilakukan demi Farish. Kepala Farish diusap lembut.

Makanan yang dihantar jururawat sebentar tadi dijamahnya sedikit demi sedikit.
*************************************
Sudah 2 minggu Ariana dibenarkan keluar daripada hospital, namun sehingga ke hari ini ada sesuatu yang masih menjadi tanda tanya Ariana. Segera Ariana mendapatkan Fiqah di ruang tamu yang sedang khusyuk melayan cerita hindustannya.

"Fiqah, aku nak tanya sikit ni." Ariana menepuk lembut bahu Fiqah.

"Apa dia?" Fiqah seperti tidak endah dengan pertanyaan Ariana dan masih menumpukan perhatiannya di kaca tv.

"Siapa yang hantar aku pergi hospital haritu?" Soal Ariana ingin tahu.

Fiqah tersentak. Pantas dia memalingkan wajahnya memandang wajah Ariana yang serius itu.

"A.. a.. err.. aku lah yang hantar." Fiqah menelan liurnya.

"Kalau kau yang hantar kenapa gagap?" Ariana mula membulatkan matanya.

"Erk. Mana ada." Sepatah-sepatah Fiqah menjawab. Berdebar sungguh hatinya kini.

"Kau ingat aku bodoh ke. Kau nak hantar naik apa? Kau mana pandai bawa kereta!" Ariana menarik tangan Fiqah dan cuba memulasnya.

Menjerit Fiqah apabila diperlakukan sedemikian rupa.

"Cepat cakap! Kau jangan main-main dengan aku Fiqah! Aku ada silat gayung tau!" Ariana memulaskan lagi tangan Fiqah.

"Ya. Yq. Sakit!! Naszrin yang hantar kau!!" Menjerit Fiqah sambil berkata-kata.

Ariana terus melepaskan tangan Fiqah apabila mendengar jawapannya. Tergamam dia buat seketika. Dia dapat mengagak daripada awal lagi.

'Malunya! Mana nak letak muka lepasni!' Getus hati kecil Ariana.

Tangannya sudah menekup muka. Terasa ingin berselubung dengan selimut dan duduk dibawah katil untuk selamanya.

"Sorry Naa. Masa tu aku panik. Otak aku tiba-tiba teringat dekat Naszrin je. Aku call je la dia. Sorry ea." Fiqah cuba memujuk Ariana yang kelihatan tergamam itu.

Ariana sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Membahang merah mukanya menahan malu. Macam manalah dia mahu berhadapan dengan Naszrin lagi selepas ini.

'Tak apa Ariana. Relaks. Cool je. Buat-buat tak tahu je okey. Be positive. Chill.' Ariana cuba menenangkan dirinya sendiri. Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan.
*************************************
Hari demi hari hubungan Ariana dan Naszrin semakin rapat dan mesra. Naszrin akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi Ariana hujung bulan ini.
*************************************
Sudah beberapa hari hati Ariana berasa tidak tenang apabila teringatkan Azif. Dia mengambil keputusan untuk berjumpa juga dengan Azif.

"Hello? Azif."  Tegur Ariana apabila talian disambungkan.

"Ya saya? Ada apa call saya?" Soal Azif curiga.

"Saya nak jumpa awak lah." Ariana berterus terang.

"Boleh. Bila?" Azif menjawab tanpa apa-apa kemusykilan.

"Sekarang boleh? Awak free tak?"

"Boleh je. Saya memang cuti harini. Kita jumpa dekat tempat biasa lah." Cadang Azif.

"Okey. Jumpa dekat sana." Talian dimatikan. Keluhan berat dilepaskan oleh Ariana.

Sudah 10 minit Ariana menunggu Azif. Berdebar-debar hatinya ketika ini. Akhirnya Azif muncul juga di pintu masuk restoran tersebut.

"Hai. Sorry lambat. Traffic light rosak tadi." Azif terus duduk berhadapan dengan Ariana.

"It's okay. Awak order makan dulu. Saya belanja harini." Ariana tersenyum tawar. Hatinya masih berdebar.

Azif hanya tersenyum. Azif langsung tidak mencurigai Ariana.

"Oh. Lupa pula. Kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Azif selepas memesan makanan.

"Hmm. Macam ni. Saya tak tahu macam mana nak mula." Ariana serba salah.

Perasaannya bercampur baur ketika ini.

"Kenapa ni? Macam serius je?" Azif seperti dapat mengesan sesuatu.

"Azif. Naszrin dengan saya akan bernikah hujung bulan ni." Akhirnya dengan segala kekuatan yang ada Ariana memberanikan dirinya untuk berkata-kata juga.

Azif sudah tersentak. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah Ariana.

"Saya salah dengar ke?" Azif seakan tidak percaya.

"Tak." jawab Ariana perlahan.

Azif sudah tersandar ke belakang. Matanya masih merenung wajah Ariana. Segaris senyuman diberikan.

Ariana masih rasa bersalah. Dia tahu dia bersalah kerana memberikan harapan kepada Azif. Tetapi dia langsung tiada niat untuk melukai hati Azif.

"Ohh. Congrates. Nanti saya datang." Ujar Azif perlahan.

Terkejut Ariana mendengar kata-kata Azif. Pantas dia melihat wajah Azif yang masih tersenyum. Seakan ada sesuatu di sebalik senyuman itu.

Keluhan kecil dilepaskan Azif sebelum dia meluahkan kata-katanya.

"Sekarang saya dah faham macam mana awak rasa masa Naszrin kahwin dengan Izza dulu." ucap Azif sambil tersenyum tawar.

Tergamam Ariana apabila mendengar kata-kata Azif. Kelu lidahnya ketika ini.

"Saya tak kisah. Saya bahagia bila orang yang saya sayang bahagia. Awak tetap kawan saya. Kalau awak perlukan pertolongan saya, saya tetap ada untuk awak. Jangan risau." Azif merenung wajah Ariana.

Dia tahu Ariana serba salah ketika ini. Tetapi cinta,kasih dan sayang itu tidak boleh dipaksa. Dia tahu Ariana menderita dahulu, dia mahu melihat Ariana bahagia kini dan selamanya. Walaupun bukan bersamanya. Jodoh dan takdir itu bukanlah ditangannya. Azif redha.

"Dahlah. Jom makan. Makanan pon dah sampai." Azif menyuapkan makanan ke dalam mulutnya seperti tiada apa yang berlaku.

Ariana tersenyum tawar. Dia masih sayangkan Azif sebagai kawan baiknya yang setia mendengar segala suka duka kehidupannya. Lega juga hatinya apabila dapat memberitahu hal ini kepada Azif.
************************************6 bulan sudah berlalu.

Hubungan Naszrin, Ariana dan Azif masih utuh. Azif juga merelakan hatinya. Dia bahagia dapat melihat Ariana semakin bahagia hidup bersama Naszrin.

Ariana dan Naszrin juga dijangka bakal menimang cahaya mata 5 bulan dari sekarang. Farish juga sudah tidak sabar untuk menerima adik barunya. Setiap hari Farish akan mengusap dan mencium perut Ariana.
*************************************
2 tahun kemudian*

Ariana masih sibuk menidurkan Farish Irham, anaknya bersama Naszrin.

"Mama, adik demam lagi ke?" Soal Farish polos sambil mengusap kepala adiknya itu.

"Taklah. Dah okey sikit dah ni." Ariana tersenyum.

"Mama.. Ayish laparlah." Farish menggosok-gosok perutnya sambil memuncungkan mulutnya.

"Alalala. Kasihan anak mama. Kan mama dah masak. Jom makan." Ariana mengajak Farish ke dapur.

"Tapi..." Farish menghentikan kata-katanya.

"Tapi kenapa?"Ariana kehairanan.

"Ayish teringin nak makan ayam KFC." Farish memegang tangan Ariana.

"Laa. Tapi mama dah masak. Esok la kita makan ayam KFC ya?" Ariana cuba memujuk Farish.

Farish hanya memucungkan mulutnya dan memandang ke bawah.

Naszrin yang terdengar perbualan dua beranak itu ketika menuruni tangga terus menghala ke arah mereka.

"Ayish nak makan KFC ke?" Soal Naszrin sambil mendukung anaknya.

Farish mengangguk kecil.

"Jomlah kita beli. Ayish tak makan dari pagi tadi kan?" Naszrin memandang Ariana.

"Abang pergi lah beli dengan Ayish. Irham tengah tidur lah." Ariana tersenyum. Dia tahu Naszrin memang tidak akan menghampakan anak kesayangannya itu.

"Okeylah macam tu." Naszrin mula berjalan menghala ke arah pintu.

Langkahnya terhenti apabila melihat Irham  yang sedang nyenyak tidur di ruang tamu. Naszrin segera menghala ke arah Irham dan menciumnya lama. Tidak tahu mengapa tetapi dia ingin benar mencium Irham ketika itu. Farish juga mencium adiknya.

Ariana hanya tersenyum melihat telatah anak beranak itu.

Naszrin segera menghala ke arah Ariana dan mencium dahinya. Farish juga memeluk erat Ariana.

"Kitaorang pergi dulu. " ujar Naszrin sebelum memasuki kereta.

Ariana hanya tersenyum sambil melambai ke arah mereka. Dia sedikit pelik dengan perangai Naszrin dan Farish hari ini.
*************************************
Sudah 3 jam Ariana menunggu Naszrin dan Farish pulang.

"Mana diaorang ni. Bukan jauh sangat pun KFC tu. Call tak angkat." Ariana membebel sendirian sambil mendukung Irham. Matanya tidak lepas daripada menjenguk ke luar rumah.

Telefon Ariana tiba-tiba berdering. Nombor yang tidak dikenali sedang memanggilnya.

Panggilan diangkat.

"Hello." Sapa Ariana terlebih dahulu.

"Hello. Puan ni isteri kepada Encik Naszrin Arizz ke?" Soal seorang wanita di hujung talian.

"Ya saya. Ada apa ya?" Ariana sudah tidak sedap hati.

"Saya minta maaf puan. Suami dan anak puan terlibat dalam kemalangan. Mereka sekarang berada di hospital. Boleh puan datang segera." Ujar wanita itu.

Saat itu hati Ariana sudah hancur berkecai. Kelu lidahnya. Matanya kemudian memandang Irham yang masih tidak mengerti apa-apa. Air matanya mulai bercucuran jatuh ke bumi satu per satu.
*************************************
Lama Ariana menunggu di wad kecemasan tersebut. Selepas menghantar Irham ke rumah lamanya iaitu rumah Idah,Fiqah dan Nisa, Ariana terus bergegas menuju ke hospital.

Azif yang menerima panggilan daripada Ariana juga terus bergegas ke wad kecemasan hospital tersebut.

"Diaorang dah keluar ke?" Soal Azif sebaik sahaja melihat Ariana yang sedang duduk di hadapan pintu wad kecemasan tersebut.

Ariana menggeleng perlahan. Hanya air mata yang membasahi pipinya kini. Di dalam hati tidak berhenti dia berdoa supaya tiada apa-apa yang berlaku.

Menurut pegawai polis yang mengiringi ambulans sebentar tadi, kereta Naszrin yang sedang menuju untuk pulang ke rumah telah dilanggar oleh sebuah lori pasir ketika di perhentian lampu isyarat. Pemandu lori pasir tersebut dikatakan tertidur. Sekarang pemandu lori pasir tersebut telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Sebaik sahaja doktor yang merawat Naszrin dan Farish keluar, Ariana dan Azif segera mendapatkannya.

"Doktor, macam mana?" Ariana bertanya cemas.

"A'ah okey tak Yusof?" Soal Azif pula.

Doktor Yusof yang juga merupakan rakan sekerja Azif itu hanya memandang sayu.

"Minta maaf Puan, Azif. Encik Naszrin masih dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri." jawab doktor itu perlahan.

Air mata Ariana mulai jatuh berguguran.

"Anak saya? Anak saya macam mana?" Ariana kembali menyoal.

"Anak puan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian." Ujar doktor itu sayu.

Ariana yang mendengarnya terus jatuh terduduk diatas lantai. Menggeletar seluruh tubuhnya. Ariana terus menangis teresak-esak.

Azif yang melihat Ariana begitu terus memangku dan membawanya duduk di atas kerusi. Dia juga terkejut apabila mendengar jawapan daripada rakannya itu.

Ariana sangat lemah. Dia langsung tiada daya untuk berdiri. Dia hanya terus menangis dan menangis. Hatinya bagai direntap apabila mendengar kata-kata doktor itu. Ariana seperti hilang arah.
*************************************
Selesai sahaja majlis pengebumian Farish, Ariana terus ke hospital untuk menemani suaminya.

Sayu hatinya apabila melihat keadaan Naszrin yang dipenuhi dengan wayar.

"Abang. Ina letak Ayish sebelah mama kandung dia." Ujar Ariana perlahan. Sebak hatinya apabila mengenangkan kembali wajah suci Farish.

Ariana mengambil tuala basah dan mula mengelap seluruh badan Naszrin. Dia melakukan segalanya sambil tersenyum. Dia tidak mahu Naszrin tahu dia sedang bersedih ketika ini.

Dalam tidak sedar, daripada tadi Azif hanya memerhatikan Ariana daripada luar melalui cermin di pintu bilik berkenaan. Dia juga sedih apabila melihat Ariana begitu. Dia tahu Ariana sedang menyembunyikan perasaannya. Dia tahu Ariana memang seorang wanita yang kuat.

Tombol pintu dipulas.
"Ina, saya nak cakap sikit dengan awak." Azif mengajak Ariana untuk berbual di luar.

Ariana hanya mengangguk dan keluar.

Mereka berdua duduk sebentar di kerusi pelawat di luar itu.

"Ya ada apa?" Soal Ariana tersenyum. Itulah hobi Ariana sejak semalam. Dia masih mampu tersenyum walaupun dalam keadaan begini.

Azif sayu melihat senyuman Ariana. Dia tahu disebalik senyuman itu tersimpan seribu perasaan yang dia sendiri tidak dapat mengetahuinya.

"Saya nak cakap tentang keadaan Naszrin." Azif memulakan perbualannya.

"Kenapa?" Ariana menyoal lagi.

"Keadaan Naszrin sekarang 50/50. Kalau dia semakin stabil peluang dia untuk sembuh memang cerah. Tapi macam tulah juga jika sebaliknya." Azif memberitahu hal yang sebenar.

Ariana tersenyum tawar.

"Saya tahu. Dan saya faham. Kita doa yang baik-baik ya." Ariana mula berlalu untuk masuk ke dalam bilik semula.

Azif melepaskan keluhan berat.

Ariana masuk kembali dan menatap wajah suaminya yang penuh dengan kesan calar itu. Surah Yaasin diambil dan Ariana mula membacanya perlahan.
*************************************
Sudah 3 hari berlalu dan keadaan Naszrin semakin tenat. Selama 3 hari jugalah Ariana setia menunggu disebelah Naszrin dan tidak henti bibirnya daripada mengalunkan ayat suci Al-Quran dan juga zikrullah.

Nafas Naszrin semakin perlahan. Ariana tidak henti mengucapkan dua kalimah syahadah di pelupuk telinga Naszrin sehinggalah ke saat akhirnya.
Akhirnya Naszrin pergi jua selepas bertarung nyawa selama 3 hari.

Ariana menarik nafas panjang. Setitik air mata pun tidak jatuh ke pipinya kali ini. Butang kecemasan di tepi katil ditekan. Ariana sudah lama redha. Perlahan dia mengucup dahi suaminya itu.
*************************************

Hari berganti hari. Ariana menjalani hari-harinya seperti biasa bersama Farish Irham, satu-satunya harta yang paling berharga yang ditinggalkan oleh Naszrin kepadanya. Dia bertekad untuk menjaga Farish Irham sebaiknya.

Selama Naszrin pergi, hanya Azif yang setia memberikan kata-kata nasihat kepada Ariana setiap hari. Sedikit sebanyak Ariana semakin bersemangat untuk menjalani kehidupannya.

Setiap hujung minggu Ariana pasti tidak lupa untuk menziarahi pusara Naszrin, Farish dan Izza yang diletakkan bersebelahan. Ariana gembira akhirnya dapat juga dia melengkapkan keluarga itu walaupun dengan cara sebegitu.

Semoga roh-roh mereka dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Tenanglah dikau disana kesayanganku.
*************************************4 tahun kemudian*

Sejak tadi, Ariana sedang asyik membelek album gambar ditangannya itu.

Irham yang baru sahaja pulang daripada tadika terus meluru ke arah mamanya yang masih khusyuk membelek album gambar di ruang balkoni rumahnya itu.

"Mama tengok apa?" Soal Irham sambil cuba untuk duduk diatas riba Ariana.

Ariana tersenyum sambil meletakkan Irham diatas ribanya.

"Mama tengah tengok gambar papa Irham la. Lama mama tak tengok dia. Rindu." Ariana menyelak album tersebut satu per satu.

"Irham tahu tak wajah Irham ni seiras sangat dengan muka papa Irham." Ariana merenung wajah anaknya itu.

"Irham tahu. Banyak kali dah mama cakap." Irham tersenyum lebar.

"Mama nak Irham jangan pernah lupakan papa ya?" Ariana mengusap lembut pipi anaknya itu.

"Tahu. Daddy pun selalu cakap macam tu dekat Irham. Daddy cakap, Irham kena selalu doa dekat papa, dekat abang dengan mama Izza." Jawab Irham polos.

Ariana tersenyum manis. Dikucup perlahan dahi Irham. Terubat sedikit rindunya pada Naszrin setiap kali dia melihat dan memeluk anaknya itu.

"Laa. Dekat sini rupanya mama dengan Abang Irham kan Isha. Puas Daddy cari satu rumah." Azif tiba-tiba muncul di balik pintu kaca tersebut sambil mendukung Farisha Azrina yang baru sahaja genap 10 bulan hari ini.

"Kenapa? Isha cari mama ke?" Ariana mengambil Farisha daripada Azif.

"Isha laparlah mama. Daddy mana pandai buat makanan dia." Azif mencubit lembut pipi gebu anaknya itu.

"Yelah yelah. Mama la yang kena masak ni kan." Ariana menjeling manja ke arah Azif.

Azif hanya tergelak kecil melihat Ariana.

Dia bersyukur akhirnya Ariana terbuka hati juga untuk menerimanya. Bukan sebagai pengganti Naszrin kerana Naszrin tiada gantinya bagi Ariana, tetapi sebagai pembimbing dan teman hidup Ariana untuk meneruskan hari-harinya.

Dia sudah bahagia sekarang bersama Ariana dan anak-anaknya. Tiada lagi istilah cemburu dalam hati Azif kerana dia tahu Ariana sangat menyayangi Naszrin dan tidak akan melupakannya. Azif juga yakin bahawa Ariana juga menyayanginya tidak kurang seperti Ariana menyayangi Naszrin. Ariana juga bersyukur kerana dianugerahi suami yang sangat memahami dan sentiasa menyokongnya seperti Azif Izwan.

Tiada apa lagi yang Ariana mahukan ketika ini. Semoga ikatan yang dibina ini akan kekal hingga ke akhirnya.
In Shaa Allah.

***************TAMAT***************

P/s: Cubaan ketiga. Segala kritikan yang membina amatlah dialu-alukan😊